Anda di sini

Peserta luar dijangka memeriahkan Kejohanan Bot Kawalan Jauh Seborneo

Advertisement
 Acara bot kawalan jauh yang akan diadakan di Loagan Langari, Batu Danau Limbang pada Sabtu dan Ahad ini.
PASTI MERIAH: Acara bot kawalan jauh yang akan diadakan di Loagan Langari, Batu Danau Limbang pada Sabtu dan Ahad ini.

LIMBANG: Peserta dari Thailand, Indonesia dan Semenanjung Malaysia dijangka memeriahkan Kejohanan Bot Kawalan Jauh Seborneo bakal diadakan di Loagan Langari, Batu Danau pada 25 dan 26 November ini.

 Setiausaha SABERKAS Batu Danau, Jimmy Ngindang berkata peserta dari negara ASEAN dijangka menyertai kejohanan itu selain peserta dari Sarawak, Sabah dan Brunei.

 Katanya, kejohanan edisi kedua itu satu lagi tarikan utama di utara negeri ini sekali gus kemasukan pengunjung mempromosikan nama Limbang kepada negara luar.

 “Pada edisi ini, kita menampilkan kelainan dengan mengadakan pertandingan akhir lagu-lagu Bisaya pada kejohanan itu.

 “Kelainan ini pastinya menarik lebih ramai peminat bot kawalan jauh dan lagu-lagu Bisaya menyaksikan kejohanan itu nanti,” katanya di sini semalam.

 Kejohanan itu dianjurkan SABERKAS Batu Danau dan Kelab Bot Kawalan Jauh (KBKJ) Limbang dengan kerjasama Majlis Daerah Limbang (MDL) dan RTM Limbang.

 Katanya, Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi dijangka menyempurnakan majlis perasmian pada 25 November sekitar jam 10 pagi.

 Selain perasmian bot kawalan jauh, pertandingan lagulagu Bisaya turut dijalankan serentak.

 “Kejohanan itu turut mempopularkan Loagan Langari merupakan venue utama penganjuran sebagai tempat rekreasi dibangunkan untuk penganjuran program sama pada masa akan datang,” katanya.

 Beliau berkata, kawasan itu sesuai untuk masyarakat bersantai pada hujung minggu memandangkan lokasi dan pemandangan mampu menarik kehadiran pengunjung tempatan dan luar.

 Pelbagai acara sampingan turut diadakan sempena kejohanan itu termasuk Piala Ketua Masyarakat Bisaya, karaoke, gerai jualan dan aktiviti lain.

Advertisement