Anda di sini

Pembangunan ekonomi secara digital bagi usahawan mikro

Advertisement
 Razin (dua kiri) menyampaikan cenderamata kepada Fatimah selepas menyempurnakan Program Digital Kenyalang Edisi Sibu semalam.
CENDERAMATA: Razin (dua kiri) menyampaikan cenderamata kepada Fatimah selepas menyempurnakan Program Digital Kenyalang Edisi Sibu semalam.

SIBU: Dalam memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi terutama kelompok B40 (pendapatan bawah RM4,000) kerajaan berusaha melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan ekonomi berteraskan pembangunan masyarakat.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata salah satu daripada inisiatif kerajaan adalah pembangunan ekonomi secara digital dalam kalangan usahawan mikro.

Pada era globalisasi dihadiri Internet serta kerancakan populariti alam siber, golongan sasaran hendaklah perlu bersiap sedia dengan sentiasa mencari pendekatan memastikan mereka berpeluang menjana dan meningkatkan pendapatan,” katanya pada Program Digital Kenyalang Edisi Sibu di sini semalam.

Hadir sama Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Rosey Yunus, Setiausaha Tetap Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dr Saadiah Abdul Samat, Pengarah Civil Service Delivery Unit Fabian Bigar, Pengurus Projek Perkongsian Strategik e-Usahawan & Outreach Jabatan Pembangunan Tenaga Kerja dan Keusahawanan Digital Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Razin Zaidei serta tetamu lain.

Fatimah memberitahu, program ini diharap dapat membangunkan modal insan dan meningkatkan taraf kehidupan rakyat di negeri ini khasnya bahagian Sibu.

Jelasnya, program ini merupakan salah satu usaha kerajaan mewujudkan kesedaran dan meningkatkan pemahaman golongan sasaran terhadap peluang dan kebaikan diperolehi melalui ekonomi digital.

Kita sedia maklum melahirkan golongan usahawan berjaya serta mencipta kekayaan bukanlah mudah apatah lagi sebahagian besar rakyat kita masih sukar menerapkan budaya keusahawanan dalam kehidupan mereka.

Justeru, bagi memastikan budaya keusahawanan diterapkan dalam minda dan menjadi satu amalan kehidupan maka kerajaan bersama agensi-agensi berkaitan berganding memberi kesedaran kepada rakyat tentang pentingnya keusahawanan sebagai pendekatan dapat membantu meningkatkan taraf kehidupan,” jelasnya.

Fatimah berkata, program e-Usahawan dan e-Rezeki merupakan inisiatif kementeriannya dalam usaha menggalakkan golongan sasar di bawah kelompok B40 berkecimpung dalam sektor perniagaan dan pekerjaan secara digital.

Menurutnya, kedua-dua program itu diadakan berterusan dengan menyasarkan enam bahagian di Sarawak sejak September lalu.

Berdasarkan kepada rekod, bilangan usahawan mikro 1AZAM di Sibu seramasi 500 orang.

Daripada jumlah tersebut, 160 usahawan terbabit kelompok usahawan wanita dan 340 lelaki.

Sibu merupakan lokasi kelima menerima kunjungan e-Usahawan dan e-Rezeki selepas empat bahagian lain iaitu Kuching, Sri Aman, Miri dan Limbang melaksanakan program ini.

Diharap peserta program ini merebut peluang bagi menjana pendapatan tambahan,” katanya.

Advertisement