Anda di sini

Pelajar mati lemas

Advertisement

Mayat Danny Manggin ditemui selepas lima jam operasi SAR dilancarkan semalam.

 Mayat mangsa diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke rumah mayat Hospital Kanowit semalam.
DITEMUI: Mayat mangsa diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke rumah mayat Hospital Kanowit semalam.
Danny
Danny

KANOWIT: Mayat pelajar lelaki tingkatan tiga yang dikhuatiri lemas di Sungai Rajang ditemui selepas lima jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan semalam.

Mayat Danny Manggin, 15, ditemui kira-kira 20 meter dari tebing pangkalan pekan Kanowit sekitar jam 6.20 petang semalam.

Mayat mangsa kemudian dibawa naik ke pangkalan dan diserahkan kepada polis untuk dibawa ke rumah mayat Hospital Kanowit.

Dengan penemuan mayat mangsa itu operasi SAR ditutup sepenuhnya petang semalam.

Sementara itu, seramai lapan anggota polis, bomba (11), RELA (lima) dan agensi berkuasa lain terlibat dalam operasi SAR tersebut.

Mendiang Danny yang berasal dari Rumah Manggin, Sungai Buan, Ngemah dekat Kanowit sedang menunggu keputusan PT3 dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus sungai ketika mandi sekitar jam 1 petang semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kanowit Deputi Superintendan Daniel Desmond Benjamin berkata pihaknya menerima maklumat sekitar jam 1.30 petang.

"Menurut maklumat awal mangsa sebelum kejadian bersama rakannya menangkap ikan dengan memasang pukat.

"Salah seorang rakan mangsa memanggilnya mahu pulang tetapi dia berpatah balik untuk mandi.

"Selain itu, rakan mangsa cuba membantu tetapi ketika itu mangsa sudah berenang terlalu jauh sebelum dihanyutkan arus sungai," katanya.

  • oleh
  • Advertisement