Anda di sini

Kembalikan era kegemilangan sepak takraw

Advertisement

Pendekatan holistik serta ekosistem lengkap harus menjadi elemen penting bagi PSS, kata Fazzrudin

 (Barisan dua dari belakang, dari lima kiri) Abang Khalid, Fazzrudin, Ismail dan Paruwadi bersama pemenang dan jawatankuasa penganjur kejohanan itu di Kuching kelmarin.
TAHNIAH: (Barisan dua dari belakang, dari lima kiri) Abang Khalid, Fazzrudin, Ismail dan Paruwadi bersama pemenang dan jawatankuasa penganjur kejohanan itu di Kuching kelmarin.

KUCHING: Pendekatan holistik berserta ekosistem lengkap menjadi elemen pent ing untuk mengembalikan semula era kegemilangan sukan sepak takraw di Sarawak.

 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman berkata persatuan terbabit perlu memainkan peranan untuk melengkapkan ekosistem yang diperlukan.

 “Jika persatuan tidak menyediakan landasan terbaik melengkapkan ekosistem, kita tidak dapat bergerak ke mana-mana. Perkara pertama sudah tentu kita perlu menganjurkan pertandingan secara kerap.

 “Melalui penganjuran pertandingan, pemain-pemain bukan sahaja dapat berlatih malah memupuk golongan belia ikut serta bersukan.

 “Pendekatan ini bukan sahaja dapat melahirkan bakat-bakat baharu malah mengembalikan kegemilangan Sarawak dalam sepak takraw seperti sebelum ini,” katanya berucap semasa merasmikan penutupan Pertandingan Sepak Takraw Piala Presiden Kuching 2017 di Dewan Tertutup Telekom Malaysia, Jalan Sultan Tengah di sini kelmarin.

 Sehubungan itu, Fazzrudin berharap Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS) dapat memperbanyak penganjuran sepak takraw di kampung khususnya di kawasan Tupong dalam usaha mengembalikan semula minat masyarakat terhadap sukan warisan negara itu.

 Malah, beliau turut mencadangkan agar PSS menganjurkan pertandingan berbentuk siri melibatkan kampung-kampung di sekitar DUN Tupong.

 “Tahniah kepada PSS dan barisan kepimpinannya membawa banyak pembaharuan terhadap sukan sepak takraw melalui pelbagai program yang dianjurkan,” katanya.

 Beliau juga percaya PSS di bawah kepimpinan Tan Sri Dato Sri Abang Khalid Tan Sri Datuk Amar Abang Marzuki akan terus berkembang dan maju.

 Sementara itu, Abang Khalid dalam ucapannya memberitahu kejohanan tersebut merupakan salah satu daripada beberapa acara dan program pembangunan yang digerakkan oleh PSS bertujuan mencungkil bakat-bakat dan mengenal pasti atlet berpotensi kalangan belia untuk dibawa ke peringkat lebih tinggi.

 Menurutnya, dalam usaha merancakkan minat belia terhadap sepak takraw, PSTBK dan ahli-ahli gabungan di bawah naungan PSS menganjurkan kejohanan secara liga antara kelabkelab di bahagian masingmasing.

 “Selain mengendalikan kejohanan secara l iga, PSS juga telah merancang untuk mengadakan kejohanan‘Road to SUKMA’ pada 23 dan 24 Disember depan.

 “Adalah diharapkan kejohanan ‘Road to SUKMA’ dapat mencungkil bakatbakat kalangan pemain belia sekaligus dapat meningkatkan prestasi pasukan SUKMA 2018 dan SUKMA 2020 nanti,” katanya.

 Abang Khalid juga menyeru kepada pihak kementerian mahupun agensi kerajaan berkaitan supaya dapat mempercepat proses menaik taraf Dewan PSS yang terletak bersebelahan Stadium Negeri, Petra Jaya.

 Katanya, dewan sedia ada tidak menepati taraf untuk menganjurkan kejohanan berprestij.

 “Dengan menaik taraf dewan itu nanti, PSS dapat menganjurkan lebih banyak kejohanan yang berprestasi lebih tinggi serta lain-lain program pembangunan,” katanya.

 Sebanyak 36 pasukan dari Kuching dan Samarahan menyertai kejohanan anjuran Persatuan Sepak Takraw Bahagian Kuching (PSTBK) dari 17 hingga 19 November lalu.

 Juara dirangkul PGA ‘E’ selepas menundukkan PHAM 25 ‘B’ dengan 21- 18, 21-15.

 Manakala tempat ketiga milik SOUF yang mengatasi Yong Heng A dengan 21-17, 23-21.

 Selaku juara, PGA ‘E’ merangkul wang tunai berjumlah RM2,500, trofi dan medal sementara PHAM 25 ‘B’ meraih RM1,500, trofi dan medal.

 SOUF meraih RM700 berserta trofi dan medal manakala Yong Heng A berpuas hati dengan RM300 dan medal.

 Hadir sama Timbalan Presiden PSTBK merangkap Timbalan Presiden PSS Datuk Ismail Abang Saufi dan Presiden Persatuan Sepak Takraw Bahagian Betong (PESTAB) Datuk Dr Paruwadi Musa.

  • oleh
  • Advertisement