Anda di sini

Guru berperanan penting bentuk sahsiah pelajar

Advertisement

Sistem pendidikan semakin maju, guru dilatih sebaiknya bagi melahirkan guru berkualiti: Uggah

 Anis (dua kanan) menyampaikan cenderamata kepada Uggah (kiri) sambil diperhatikan yang lain.
CENDERAMATA: Anis (dua kanan) menyampaikan cenderamata kepada Uggah (kiri) sambil diperhatikan yang lain.

SPAOH: Para guru memainkan peranan penting membentuk sahsiah pelajar melalui pendidikan berkualiti dan cemerlang pada masa depan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata generasi hari ini begitu bertuah dengan memiliki pelbagai kemudahan disediakan pihak sekolah.

Menurutnya, sistem pendidikan semakin maju berbanding sebelum ini dan guru dilatih dengan sebaiknya selaras dengan kehendak semasa dalam usaha melahirkan guru berkualiti.

Majlis seperti ini sangat baik dengan memberi penganugerahan kepada pelajar-pelajar terbaik dalam setiap mata pelajaran.

Kecemerlangan pelajar bukan sahaja bergantung kepada akademik tetapi bidang kokurikulum juga penting,” katanya pada Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Apresiasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Spaoh semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban itu berkata, peningkatan keputusan ujian semakin baik dan ini membuktikan sistem pembelajaran di sekolah dapat diterima semua.

 Uggah berharap usaha itu diteruskan untuk meningkatkan mutu pembelajaran pelajar di samping aktif dalam bidang kokurikulum.

Usaha kerajaan menjadikan jalur lebar berkelajuan tinggi di Sarawak dapat digunakan sebaiknya oleh pihak sekolah untuk melahirkan pelajar mahir dalam teknologi,” katanya.

Uggah turut mengumumkan peruntukan RM30,000 kepada PIBG sekolah itu, RM10,000 untuk pembelian buku di perpustakaan sekolah di samping RM500,000 untuk pembangunan sekolah di bawah RTP beliau dan semua peruntukan itu bagi tahun depan.

Di samping itu, beliau mengumumkan beberapa insentif bagi pelajar mendapat 6A bagi UPSR dan 9A bagi SPM 2017.

Hadir sama Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Betong Aleksay Aman, Pegawai Daerah Betong Khalid Andong, Pengetua SMK Spaoh Anis Madeli, ketua-ketua jabatan dan masyarakat.

  • oleh
  • Advertisement