Anda di sini

Pembangunan bola sepak peringkat akar umbi fokus utama Fazzrudin

Advertisement

KUCHING: Pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi menjadi fokus utama presiden baharu Persatuan Bola Sepak Bahagian Kuching (KDFA), Fazzrudin Abdul Rahman.

 Menurutnya, usaha itu penting untuk memastikan Bahagian Kuching mampu menghasilkan ramai pemain berkualiti dapat menaikkan mutu liga di bahagian ini.

 “Antara fokus utama KDFA selain meneruskan program tahunan seperti Liga Kuching dan Piala Datuk Patinggi Abang Johari selain merancakkan program pembangunan memfokuskan pemain-pemain berumur 8,10,12 dan 14 tahun.

 “Memorandum Persefahaman (MoU) yang kita tangani bersama Yayasan JS dan Suwon FC akan memperlihat Kuching FA menghantar pemainpemain bawah 14 menyertai Piala Ji Sung dan mengadakan sesi latihan bersama akademi Suwon FC tahun hadapan,” katanya dilantik sebagai presiden KDFA pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) persatuan itu bagi penggal 2017-2019 di sini kelmarin.

 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong itu juga meminta kerjasama semua exco dan badan gabungan termasuk semua pihak berkepentingan dalam industri bola sepak mencakupi kelab-kelab, persatuan pengadil, Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dan kerajaan negeri memastikan objektif KDFA tercapai.

 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada bairsan exco KDFA atas kepercayaan diberikannya untuk menerajui persatuan itu.

 “Terima kasih kepada mantan presiden menyediakan dan memperkukuh KDFA.

 yang sememangnya kita masih memerlukan khidmat nasihat beliau,” katanya.

 Fazzrudin menggantikan mantan presiden, Rakawi Ibrahim yang mengambil keputusan untuk tidak mempertahan jawatan itu.

 Bagaimanapun, Rakawi menyandang jawatan selaku penasihat KDFA.

 Sementara itu, jawatan timbalan presiden disandang Salleh Arif Obeng manakala naib presiden dipegang Kamaludin Akil.

 Jawatan setiausaha agung menyaksikan muka baharu, Iswandi Ali Hassan dipilih secara lantikan manakala penolong setiausaha belum dilantik.

 Turut dipilih secara lantikan jawatan bendahari kekal disandang Zainal Abidin Jali dan dua exco baharu, Hassim Awang dan Wan Mohd Mirzan Wan Hanapi.

 Manakala exco lama dikekalkan ialah Abang Mohd Zaki Abdillah, Azman Mohamed Edi, Osman Imbun, Salbi Murad dan Ahmad Zaki Zaidi.

Advertisement