Anda di sini

Manfaatkan pameran dagangan Jerman, tingkat eksport Malaysia

Advertisement

Pameran terbaik dunia, boleh lonjak eksport ke banyak pasaran lain

FRANKFURT: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menggesa syarikat Malaysia mengetengahkan produk dan perkhidmatan mereka di pameran perdagangan Jerman yang benarbenar menjadi platform pembeli dan penjual dari seluruh dunia.

 Pesuruhjaya Perdagangan di Pejabat Luar Negara MATRADE di sini, Badrul Hisham Hilal berkata, pameran perdagangan di Jerman merupakan antara yang terbaik di dunia, berperanan sebagai saluran bagi syarikat meningkatkan eksport mereka.

 “Ia berperanan sebagai medium untuk syarikat melonjakkan eksport mereka, bukan hanya ke Jerman malah ke banyak pasaran dunia lain.

 Pembeli dan penjual saling bertemu di bawah bumbung pameran perdagangan industri khusus yang sama,” katanya kepada Bernama.

 Pejabat Luar Negara MATRADE di Frankfurt bertujuan membantu pengeksport Malaysia dan pembeli sasing, bukan hanya dari Jerman, malah menjangkaui Austria, Perancis, Liechtenstein, Monaco dan Switzerland, untuk berurus niaga.

 Ia menyediakan sokongan aktif kepada syarikat Malaysia yang menyertai beberapa pameran perdagangan Jerman terkemuka, seperti Pameran Teknologi Maklumat (IT) CeBIT (Hannover), Pameran Pembungkusan Interpack (Dusseldorf), ‘K Fair’ bagi plastik dan getah (Dusseldorf), Pameran Makanan Anuga (Cologne) serta pameran peralatan dan teknologi perubatan, Medica, di Dusseldorf, antara lain yang boleh mempromosikan eksport Malaysia.

 Jerman, pasaran terbesar Eropah bagi produk dan perkhidmatan IT yang menyumbang 20.6 peratus kepada pasaran IT keseluruhan Kesatuan Eropah, adalah pasaran kelima terbesar dunia dan penting bagi eksport IT Malaysia pada 2015.

 Eksport produk IT global Malaysia bernilai RM185.3 bi l ion, manakala bagi perkhidmatan IT ia mencecah sRM20.8 bilion.

 Badrul Hisham berkata, kerajaan Malaysia telah mengenal pasti empat segmen utama IT – analisis data raya, pusat data dan awan, e-dagang dan Internet Kebendaan (IoT).

 Menurut MATRADE, IoT dijangka menyumbang sejumlah AS$2.

5 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar Malaysia manakala e-dagang diunjurkan merekodkan sumbangan kira-kiraAS$26 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar menjelang 2020.

 Beberapa syarikat Jerman sedang mempertimbangkan untuk menubuhkan pusat data di luar negara.

 “Malaysia menawarkan insfrastruktur yang baik dan persekitaran mesra perniagaan untuk syarikat syang berminat mewujudkan pusat data.

 Kita mempelawa mereka supaya mempertimbangkan Malaysia,” katanya.

 Pameran Interpack yang berlangsung setiap tiga tahun sekali pada Mei adalah acara terbesar dunia suntuk industri pembungkusan.

 Ia penting bagi industri pembungkusan Malaysia yang mahu mempelbagaikan dan mengembangkan aktiviti masing-masing.

 Ini memandangkan pameran itu mewakili keseluruhan rantaian bekalan dan menawarkan penyelesaian khusus kepada seluruh sektor industri dan reka bentuk inovatif pelbagai bahan kepada pengunjung dagangan.

 Badrul Hisham menjelaskan industri plastik merupakan antara sektor pertumbuhan paling dinamik dalam sektor pembuatan Malaysia.

 “Terdapat empat subsektor dalam industri produk plastik – pembungkusan, elektrik dan elektronik, komponen automotif; serta produk pengguna dan industri dengan Malaysia mempunyai lebih 1,500 unit pembuatan plastik yang mengeksport ke Eropah, China, Singapura, Jepun dan Thailand.

 “Sektor pembungkusan menyumbang 45 peratus kepada pasaran penggunaan plastik keseluruhan diikuti elektronik (26 peratus), automotif (10 peratus) dan industri pembinaan (8.0 peratus),” katanya.

 Eksport keseluruhan Malaysia bagi produk buatan berasaskan plastik bernilai RM13.1 bilion pada 2016, meningkat 1.1 peratus daripada 2015.

 Pameran Medica selama empat hari bermula 16 Nov lepas yang baharu berakhir juga menyediakan platform antarabangsa untuk Malaysia.

 Malah, delegasi 33 pempamer Malaysia menyertai sendiri acara itu, malah terdapat ramai pengunjung Malaysia yang mencari peluang perniagaan dan meneroka kemungkinan untuk menyertai acara Medica akan datang.

 Badrul Hisham berkata, terdapat sebanyak 200 syarikat Malaysia khusus dalam pembuatan peralatan perubatan.

 “Peralatan perubatan, elektrik dan elektronik serta aeroangkasa merupakan sektor yang menjadi keutamaan kerajaan Malaysia,” katanya.

 Eksport keseluruhan Malaysia bagi peralatan perubatan dan produk berkaitannya bernilai RM15.84 bilion pada 2016, meningkat daripada RM15.54 bilion pada 2015.

 Pasaran utama bagi produk itu termasuk Amerika Syarikat, Jerman, Belgium, Singapura dan Jepun.

 “Kita akan menggalakkan syarikat Malaysia supaya mengadakan kerjasama penyelidikan dan pembangunan dengan firma Jerman,” katanya.

 Sementara itu, Anuga, pameran makanan terbesar dunia di Cologne pada Oktober menarik ramai pengeskport Malaysia yang menawarkan pelbagai rangkaian produk makanan, minuman selain produk sedia dimakan.

 “Kita mempunyai 33 pempamer di Anuga ketika Oktober lepas di bawah Malaysia Pavilion yang menawarkan produk masing-masing.

 Kita juga menampilkan syarikat utama seperti F&N dan Brahim’s,” katanya.

 Firma Stancodex dari Selangor meraih Anugerah Inovasi Rasa daripada penganjur, Messe Koln.

 “Stancodex melancarkan produk semburan minyak kelapa semasa acara itu.

 Minyak kelapa selama ini ditawarkan dalam botol dan bekas lain, tapi produk itu sangat unik kerana dalam bentuk semburan.

 Anugerah itu bukan hanya menaikkan imej syarikat malah Malaysia,” katanya.

 Eksport makanan diproses Malaysia kepada global bernilai RM19.

9 bilion pada 2016, dengan eksport makanan laut bernilai RM1.

9 bilion dan minuman RM4.

6 bilion.

 — Bernama

Advertisement