Anda di sini

Lapan sekolah sertai Liga Bola Sepak Bawah 12 Tahun

Advertisement

LIMBANG: Sebanyak tujuh pasukan membabitkan lapan buah sekolah rendah di sini menyertai Liga Bola Sepak Bawah 12 Tahun di Padang SK Bandar Limbang kelmarin.

 Kejohanan dikelolakan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bandar dengan kerjasama Jawatankuasa Sukan PBB Bukit Kota dan Persatuan Bola Sepak Limbang (LFA).

 Penyelaras pertandingan merangkap Yang Dipertua PIBG SK Bandar, Frederick Lalung berkata pertandingan itu bagi mencari bakat-bakat baharu kalangan pemain muda.

 Beliau yang juga Bendahari LFA berkata selari dengan program pembangunan bola sepak negeri bermula di peringkat akar umbi membabitkan sekolah, kampung dan bandar.

 “Kejohanan membabitkan pemain-pemain ini selari dengan hasrat sekolah dan LFA membentuk pasukan pelapis peringkat daerah, negeri dan kebangsaan masa akan datang,” katanya.

 Frederick berkata, venue padang SK Bandar merupakan satu usaha penganjur menarik minat dan kehadiran ramai penduduk serta belia menonton serta memeriahkan permainan itu.

 “Pastinya penyertaan kanak-kanak sekolah pada liga itu memberi pengalaman manis kepada pemainpemain di sini selain mengasah bakat-bakat dan kemahiran mereka,” katanya.

Advertisement