Anda di sini

Ugut rakan enggan bayar hutang, buruh dipenjara tujuh bulan

Advertisement

KUALA LUMPUR: Berang hutangnya tidak dibayar, seorang buruh warga Bangladesh yang mengugut rakan senegara dengan pisau bagi menuntut hutang dipenjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini semalam.

Majistret Haslinda A.Raof menjatuhi hukuman itu ke atas Zakir Hossain, 25, selepas tertuduh mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah terhadap Mukul Miah, 39, juga seorang buruh, dengan mengacukan sebilah pisau dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 12 Julai lepas.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah unit pangsapuri di Permai Putri Court, Taman Dato Ahmad Razali, di sini pada 11 malam, 27 Jun lepas mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan  yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, Mukul telah menerima panggilan telefon daripada Zakir me-minta datang ke rumahnya kerana tertuduh ingin belanja mangsa makan.

Mukul kemudian pergi ke rumah Zakir namun sebaik dia sampai tertuduh telah meminta wang RM3,000 daripada mangsa dan memberitahu jika mangsa enggan menyerahkan wang itu dia akan dipukul oleh rakan-rakan tertuduh yang lain.

Zakir juga mengacukan sebilah pisau dan mengugut untuk mencederakan Mukul jika mangsa terus berkeras untuk tidak menyerahkan wang itu.

Ketika rayuan tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan namun Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul Razak memohon mahkamah menjatuhi hukuman yang memberi pengajaran mengambil kira tertuduh merupakan warga asing yang datang ke Malaysia dan membuat kesa-lahan jenayah. — Bernama

Advertisement