Anda di sini

Serangan roket bunuh enam di Damsyik

Advertisement

DAMSYIK: Sekurang-kurangnya enam orang terkorban dan 45 lagi tercedera dalam serangan roket dan mortar ke atas beberapa bahagian di ibu negara Damsyik di Syria kelmarin, lapor media negara.

Agensi media negara SANA berkata serangan berasal dari wilayah Ghouta Timur yang ditawan oleh pemberontak di luar ibu negara, dan menggelar ia sebagai satu “perlanggaran” terhadap perjanjian di kawasan itu.

Mereka menyerang beberapa bahagian di ibu negara, termasuk dataran terkenal Sabaa Bahrat dan Abassiyeen.

Satu serangan disaksikan oleh beberapa wartawan AFP telah menyebabkan kepulan debu tebal memenuhi ruang udara, menghalang panda-ngan buat sementara waktu dari bangunan sekitarnya.

Serpihan akibat serangan telah jatuh di beberapa tingkat atas, dan kakitangan kecemasan bergegas ke tempat kejadian untuk memeriksa mangsa yang tercedera dan mengeluarkan mayat salah seorang yang terkorban.

Ghouta Timur merupakan salah satu daripada empat kawasan di Syria di mana apa yang dikenali sebagai “zon pengecualian” ditempatkan, sebagai sebahagian daripada satu perjanjian yang dipersetujui pada Mei oleh sekutu rejim Rusia dan Iran, dan penyokong pemberontak Turki.

Zon tersebut telah me-ngurangkan keganasan, namun sejak beberapa hari lepas terdapat pertempuran sengit di antara pasukan tentera kerajaan dan pemberontak di Ghouta Timur, dengan beberapa pesawat perang melakukan serangan yang kerap, menurut pemerhati Syrian Observatory for Human Rights. — AFP

Advertisement