Anda di sini

Polis Australia rampas 700 kilogram kokain

Advertisement

SYDNEY: Satu rampasan kokain besar yang disembunyikan di dalam badan sebuah kapal layar telah dibuat di perairan pantai timur Australia, kata polis semalam.

Kira-kira 700 kilogram dadah itu dengan nilai pasaran dianggarkan setinggi AUD245 juta (RM800 juta) dipintas kelmarin kira-kira 100 kilo-meter ke utara Sydney, kata mereka.

Tiga lelaki, yang didakwa ada hubungan dengan Tahiti dan Thailand, ditangkap.

Polis Australia bekerja dengan pihak berkuasa di Tahiti, di mana kapal itu melintas sebelum ia memasuki perairan Australia.

“Ia tidak mengejutkan bahawa sindiket jenayah mencuba usaha canggih yang bersusah-payah – malah menyeberangi lautan dalam kapal yang agak kecil – untuk mengimport narkotik,” kata Penolong Pesuruhjaya Polis Persekutuan Australia Neil Gaughan.

“Ini hanya satu cubaan untuk membanjiri pasaran kita dengan narkotik berbahaya bagi mengaut keuntungan, dengan polis, profesional ke-sihatan dan masyarakat yang menanggung bil bagi semua kerosakan kebetulan yang disebabkannya,” katanya.

Waran tangkap lain sudah dikeluarkan di Thailand, ujarnya. — AFP

Advertisement