Anda di sini

Malam Inovasi Muzik IPG Batu Lintang tampil kepelbagaian budaya

Advertisement
 Pelatih turut menunjukkan bakat bermain Sape pada malam tersebut.
BAKAT: Pelatih turut menunjukkan bakat bermain Sape pada malam tersebut.

MAJLIS Malam Seni Budaya anjuran Institut Pendidikan Guru (IPG) kampus Batu Lintang menampilkan kepelbagaian budaya pada persembahan kali ini.

Selain disertai lebih 130 guru pelatih terdiri daripada Semester 1 hingga Semester 8, persembahan turut menyaksikan penglibatan pensyarah yang bersama memberi sokongan.

Majlis berkenaan dihadiri Penasihat Penyelidikan Sains Negeri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang serta isteri Tan Sri Empiang Jabu dan Pengarah IPG Kampus Batu Lintang, Jamiran Salam di Auditorium IPG Kampus Batu Lintang di Kuching, baru-baru ini.

Jamiran dalam ucapannya berkata, pada tahun ini program berkenaan diberi nama baharu iaitu gabungan pelbagai seni, iaitu Malam Seni Budaya dengan tema ‘Inovasi Muzik’.

Pada kali ini kita menyaksikan bergabungnya pelbagai bentuk seni dan budaya yang telah dikelolakan pensyarah dan staf sokongan selama beberapa minggu untuk melahirkan malam gemilang ini.

Ia adalah acara tahunan kepada IPG kita dan salah satu karakter atau lambang IPG Kampus Batu Lintang, yang telah dimulakan sejak Maktab Perguruan Batu Lintang,” katanya.

Beliau berkata, kampus amat menggalakkan aktiviti serta persembahan seni kerana untuk menjayakan aktiviti sedemikian seseorang atau kumpulan itu perlu menghayati kandungan persembahan.

Jelasnya, ia merupakan satu latihan jitu bagi pelatih untuk menghayati kandungan mata pelajaran atau program perguruan sepanjang lima tahun di kampus.

Dengan ini diharapkan, kekayaan pengalaman seperti ini maka guru pelatih akan menerapkannya kepada anak-anak yang dididik mereka nanti,” katanya.

Beliau turut menyatakan penghargaan serta terima kasih kepada pengarah IPG Kampus Batu Lintang terdahulu yang telah membawa kecemerlangan kepada institut itu.

 Pensyarah turut bersama membuat persembahan.
RANCAK: Pensyarah turut bersama membuat persembahan.
__alt__
  • oleh
  • Advertisement