Anda di sini

Kereta api berlanggar di Singapura, 25 cedera

Advertisement
 Kakitangan kecemasan menangani keadaan di tempat kejadian di stesen Joo Koon, semalam. — Gambar Reuters
BERMASALAH: Kakitangan kecemasan menangani keadaan di tempat kejadian di stesen Joo Koon, semalam. — Gambar Reuters

SINGAPURA: Sekurang-kurangnya 25 orang cedera dalam pelanggaran kereta api di Singapura semalam, kata pegawai, dalam insiden terbaharu yang berlaku dalam sistem metro yang bermasalah.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata, penumpang yang cedera telah dikejarkan ke hospital, kebanyakannya mengalami kecederaan ringan.

Pegawai pengangkutan berkata, sebuah kereta api  berlanggar dengan kereta api rosak yang tidak bergerak di stesen aras tinggi Joo Koon di barat negara itu.

Pada jam 8.19 pagi, kereta api kedua berhenti di belakang kereta api pertama yang rosak.

Pada jam 8.20 pagi, kereta api kedua tiba-tiba mara lalu bertembung dengan kereta api pertama,” menurut kenyataan bersama badan pengawal Lembaga Pengangkutan Tanah (LTA) dan pengusaha kereta api SMRT.

Ia menambah, 23 penumpang dan dua pekerja SMRT mengalami kecederaan ringan hingga sederhana dan sudah dihantar ke hospital berdekatan.

LTA dan SMRT sedang menyiasat insiden itu, kenyataan itu menyebut.

Sistem metro yang sesak di Singapura mengalami beberapa kelewatan dan kerosakan sejak beberapa tahun lalu, menimbulkan kemarahan awam di mana kos pemilikan kereta antara tertinggi di dunia. — AFP

Advertisement