Anda di sini

Curi dapur gas, remaja dibebas bon berkelakuan baik dua tahun

Advertisement

MIRI: Seorang remaja lelaki diperintahkan Mahkamah Mahkamah supaya dibebas dengan bon berkelakuan baik selama tempoh dua tahun dan jaminan RM2,000 berserta ibu bapa kerana mencuri satu unit dapur gas tahan lasak kepunyaan bapanya.

Perintah itu dibuat Majistret Zuraini Ali Musa mengikut peruntukan Seksyen 91 (1) (b) Akta Kanan-Kanak (Pindaan) 2016 setelah meneliti laporan akhlak juvana terbabit yang disediakan pegawai penasihat dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Juvana terbabit, 17, dari Taman Tunku di sini telah didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, juvana terbabit didapati mencuri satu unit dapur gas tahan lasak bernilai RM1,500 kepunyaan bapanya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 6.30 pagi, 20 Julai lalu di stor rumah keluarganya di Taman Tunku di sini.

Hasil siasatan lanjut polis mendapati juvana terbabit telah menjual dapur yang dia curi ke sebuah kedai berhampiran di Taman Tunku.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor.

Advertisement