Anda di sini

Remaja dipenjara 12 tahun kerana merogol

Advertisement

MIRI: Seorang remaja warga asing dijatuhi hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam kerana kesalahan merogol seorang gadis bawah umur berusia 14 tahun.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Steve Ritikos setelah meneliti beberapa faktor termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan dilakukannya serta mengambil kira kepentingan awam.

Mahkamah turut mengecualikan hukuman sebat ke atas tertuduh setelah mengambil kira faktor usianya yang masih muda.

Taupan Aprianto, 17, dari Indonesia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh didapati  merogol seorang gadis bawah umur berusia 14 tahun yang merupakan warga tempatan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di bilik mandi kuarters pekerja sebuah restoran di Bukit Kanada di sini.

Advertisement