Anda di sini

Penyewa ditemui mati tergantung

Advertisement

LIMBANG: Persoalan seorang lelaki yang tidak kelihatan sejak pagi semalam terjawab apabila dia ditemui mati dalam keadaan tergantung di sebuah rumah sewa di atas bukit, Jalan Buangsiul, tengah hari tadi.

Mangsa ditemui dalam keadaan tidak bernyawa oleh anak tuan rumah berkenaan jam 1.20 petang tadi.

Menurut mereka, biasanya mangsa akan turun ke bawah untuk makan sekitar jam lapan pagi, bagaimanapun kelibatnya yang tidak turun menimbulkan persoalan kepada mereka.

"Biasanya mangsa akan turun ke bawah jika lapar, tetapi hari ini kelibatnya tidak nampak, dan kami segera menjenguknya.

"Setiba di rumah sewa itu, dia ditemui sudah meninggal dalam keadaan tergantung dengan tali," kata mereka kepada media tadi.

Mereka menambah, lelaki itu yang berasal dari Siburan dan menetap di rumah sewa tersebut sejak enam bulan lepas, biasanya akan turun ke bawah tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, tengah hari dan malam hari untuk makan.

"Sebelum ini dia menyewa rumah sewa kami yang terletak di bawah bukit sehingga hujung tahun lepas," jelas mereka lagi.

Ketua Polis Daerah Limbang (KPD) Superintenden Mohd Bukhori Saffai, berkata pasukan polis bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 1.20 petang tadi.

Beliau tidak menolak kemungkinan mangsa meninggal dalam tempoh 24 jam.

"Setakat ini, kes diklafikasikan sebagai mati mengejut, dan kita masih menunggu keputusan bedah siasat nanti," katanya lagi.
 

Mayat mangsa diangkat anggota polis untuk dibawa ke rumah mayat Hospital Limbang untuk bedah siasat.
Mayat mangsa diangkat anggota polis untuk dibawa ke rumah mayat Hospital Limbang untuk bedah siasat.
  • oleh
  • Advertisement