Anda di sini

AS bekerjasama dengan Malaysia tingkatkan kawalan eksport

Advertisement
 Dean Thompson (kanan) bersama T. Subromaniam pada sidang media selepas menghadiri Seminar Pendakwaan Pengawasan Eksport semalam. — Gambar Bernama
SIDANG MEDIA: Dean Thompson (kanan) bersama T. Subromaniam pada sidang media selepas menghadiri Seminar Pendakwaan Pengawasan Eksport semalam. — Gambar Bernama

MELAKA: Amerika Syarikat (AS) bekerjasama dengan Malaysia untuk membina kepakaran dan kapasiti untuk meningkatkan mekanisme kawalan eksport antara kedua-dua negara.

Timbalan Ketua Misi di Kedutaan AS di Malaysia, Dean Thompson, berkata kerjasama itu akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara berikutan ia akan mengukuhkan ekonomi dan menghalang kemasukan barangan dan teknologi yang akan membahayakan rakyat.

Apabila syarikat dan negara rakan lain mengetahui kawalan eksport dilaksanakan dan dipantau, mereka tidak akan mempunyai keyakinan untuk membawa masuk barangan dan teknologi mereka.

Bagi kerjasama memerangi keganasan, ini (kawalan eksport) merupakan komponen utama,” katanya.

Thompson berkata demikian kepada pemberita selepas Counter Proliferation Export Control Prosecution Conference di sini semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Subromaniam Tholasy, merasmikan acara itu.

Persidangan selama empat hari, bermula semalam, menarik peserta dari agensi Malaysia seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara.

Ia dianjurkan bersama Jabatan Keadilan AS, Jabatan Negara AS, Program Keselamatan Sempadan dan Kawalan Eksport,  US Homeland Security Investigations dan rakan Malaysia.

Sementara itu, Subromaniam berkata, Malaysia berminat untuk bekerjasama dengan AS dari segi kawalan eksport, terutamanya dalam memastikan barangan yang melalui pelabuhan Malaysia adalah selamat.

Malaysia mempunyai pelabuhan yang besar. Misalnya, Pelabuhan Klang merupakan pelabuhan ke-11 terbesar di dunia dan terdapat banyak barangan yang melalui pelabuhan kita.

Kita tidak mahu pengganas membawa masuk barangan mereka melalui pelabuhan kita kerana perdagangan haram akan membahayakan negara dan keselamatan serta dunia,” katanya. — Bernama

Advertisement