Anda di sini

11 negara teruskan TPP tanpa AS

Advertisement
 Motegi berjabat tangan dengan Menteri Dagangan Vietnam Tran Tuan Anh (kiri) semasa sidang akhbar mengenai TPP pada sampingan sidang kemuncak APEC di Danang, semalam. — Gambar AFP
TERUSKAN SAJA: Motegi berjabat tangan dengan Menteri Dagangan Vietnam Tran Tuan Anh (kiri) semasa sidang akhbar mengenai TPP pada sampingan sidang kemuncak APEC di Danang, semalam. — Gambar AFP

Retorik ‘America First’ Trump pinggir kerjasama dengan rakan APEC

DANANG: Menteri-menteri dari sebelas negara Asia Pasifik bersetuju semalam untuk meneruskan perjanjian dagangan utama tanpa Amerika Syarikat (AS), tatkala ekonomi terbesar di dunia itu mahu bergerak sendirian di bawah polisi ‘America First’ Presiden Donald Trump.

 AS berundur daripada Perjanjian Trans Pasifik (TPP) awal tahun ini sekali gus menimbulkan rasa kurang senang sekutunya dan menggugat perjanjian yang dipuji kerana mengaitkan tarif lebih rendah dengan perlindungan buruh dan alam sekitar yang kukuh.

 Trump dilihat bersuara sumbang apabila mempertahankan polisinya pada sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di bandar Vietnam Danang di mana para pemimpin dunia termasuk Presiden China Xi Jinping giat mempromosikan kelebihan dagangan bebas dan perjanjian pelbagai hala.

 Dalam kenyataan bersama pagi semalam, negara-negara terbait yang kini digelar TPP-11, mempersetuju elemen teras perjanjian pada acara sampingan persidangan setelah rundingan tertangguh berhari-hari menimbulkan kebimbangan ia akan terbatal begitu sahaja.

 Para menteri berkata, rundingan lanjut akan diperlukan untuk mencapai konsesi penuh sebelum perjanjian dimeterai, di mana ia kini membawa nama rasmi yang lebih panjang — Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Kerjasama Trans Pasifi k (CPTPP).

 Perunding utama Jepun Toshimitsu Motegi berkata, anggota lain tetap mengalualukan AS untuk mengubah fi kirannya.

 “Kali ini kesemua sebelas negara sepakat dan ini akan menghantar mesej positif yang amat kukuh kepada AS dan negara Asia Pasifi k lain di wilayah ini,” katanya.

 Me n t e r i d a g a n g a n Kanada Francois-Philippe Champagne menggambarkan rundingan terbaharu itu sebagai kemajuan besar.

 Kanada bertahan untuk mengekalkan perlindungan buruh dan alam sekitar yang dikaitkan dengan pasaran lebih bebas dalam perjanjian itu, namun tergugat dengan pengunduran mendadak AS.

 Pi l ihan r aya Trump telah menjejaskan langkah bertahun-tahun diketuai AS untuk membuka dagangan global.

 B e l i a u k e l m a r i n mengutarakan lagi retorik ‘America First’ dalam ucapan lantang bahawa negaranya tidak lagi akan bersabar dengan dagangan tidak adil, pasaran tertutup dan kecurian harta intelek.

 “Kami t i d a k a k a n membiarkan lagi kesempatan diambil ke atas Amerika Syarikat,” ujarnya dalam ucapan yang jelas menyindir perjanjian dagangan pelbagai hala.

 Sejurus selepas itu, Xi menawarkan visi berlainan s ama s e k a l i d e n g a n mengutarakan negaranya sebagai peneraju global baharu dalam dagangan bebas.

 Beijing tidak termasuk dalam TPP, perjanjian yang mulanya dibentuk bekas pentadbiran AS sebagai penangkis kuasa China di Asia.

 China sejak itu cuba mengisi keko s ong an da g ang a n bebas yang ditinggalkan AS meskipun sebahagian besar pasarannya sendiri masih dilindungi.

 Jepun, ekonomi ketiga terbesar dunia, amat aktif dalam mendesak konsesi segera bagi TPP atas kebimbangan penangguhan akan membawa kepada kegagalan selepas rundingan b e r t a h u n - t a h u n d a n meningkatkan pengaruh China di wilayah itu.

 Namun Kanada menolak konsesi segera kerana terma dagangan tersebut ditetapkan untuk generasi akan datang.

 Pada sidang kemuncak APEC semalam, Trump berdepan mesyuarat sepanjang hari dengan para pemimpin dunia yang mendesak dagangan lebih terbuka.

 Selain Xi, Presiden Rusia Vladimir Putin, Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dan rakan sejawatannya dari Kanada Justin Trudeau turut hadir.

 Perjanjian asal TPP pernah digambarkan AS sebagai standard emas untuk semua perjanjian dagangan bebas kerana ia bukan sekadar mengurangkan tarif, malah menge t epikan s eka t a n bukan tarif dan menetapkan anggota mematuhi tahap tinggi standard peraturan dalam aspek seperti undangundang buruh, perlindungan alam sekitar, harta intelek dan perolehan kerajaan.

 Tanpa AS, TPP-11 hanya mewakili 13.5 peratus ekonomi global tetapi memadai untuk menangkis ‘angin perlindungan’ yang semakin kuat melanda AS dan Eropah.

 — AFP

Advertisement