Anda di sini

Separuh Mati Ku Bercinta dinobat Lagu Terbaik SFMM32 minggu kedua

Advertisement
Dayang Nurfaizah  (Separuh Mati Ku Bercinta)
Dayang Nurfaizah (Separuh Mati Ku Bercinta)

DIKENALI dengan vokal yang mempersona, Dayang Nurfaizah mengukuhkan kedudukannya sebagai salah seorang pesaing utama Anugerah Juara Lagu (AJL) apabila lagu nyanyian beliau iaitu ‘Separuh Mati Ku Bercinta’ mengungguli minggu kedua Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 (SFMM32) pada malam Ahad lepas.

Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Ajai itu dipilih sebagai lagu terbaik pada malam itu oleh juri profesional iaitu AG Coco, Azmeer, Edrie Hashim, Helen Yap, LY, Pak Ngah dan Datuk Mokhzani selaku ketua juri.

Namun, tidak semestinya lagu itu akan terus layak ke pentas AJL 32 kerana masih berbaki 10 buah lagu yang bakal berentap di minggu terakhir dan keputusan hanya akan diumumkan pada 12 November ini.

Pentas separuh akhir pada malam itu turut dimeriahkan dengan persembahan pembukaan oleh Ajak dan Shuk (mashup lagu ‘Ghazal Untuk Rabiah’, ‘Terukir Di Bintang’, ‘Ku Kunci Cintaku Dalam Hatimu’, ‘Karma’ & ‘Awan Nano’).

Selain itu, turut membuat persembahan adalah Hafiz Suip dan Jaclyn Victor (‘Aku Negaraku’), Ezlynn dan Siti Sarah (‘Hai Hai Bye Bye’ & ‘Jangan Kau Mimpi’).

Jangan lupa untuk saksikan persembahan 10 buah lagu lagi di Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 minggu ketiga untuk mengetahui 12 lagu yang bakal berentap di pentas AJL 32 yang bakal berlangsung Februari tahun hadapan.

SFMM 32 boleh juga ditonton secara langsung di portal video tonton (www.tonton.com.my) dan juga youtube @TV3Malaysia.

Advertisement