Anda di sini

Konflik Afghanistan: NATO teliti semula langkah seterusnya

Advertisement

BRUSSELS: Menteri per-tahanan dari seluruh pakatan NATO bermesyuarat di Brussels semalam untuk meneliti semula langkah seterusnya dalam konflik di Afghanistan dan mencambah otak mengenai cara untuk menangani krisis keselamatan berusia 16 tahun itu.

NATO pada minggu ini mengumumkan ia akan menghantar kira-kira 3,000 anggota tambahan ke negara bergolak itu, untuk me-ningkatkan jumlah anggota tentera Barat kepada kira-kira 16,000 orang.

Anggota tambahan itu, kebanyakannya warga Amerika, akan membantu melatih dan menasihatkan tentera Afghan tempatan yang menghadapi masalah untuk menangkis puak Taliban dan pada waktu sama mengalami kerugian yang tinggi.

Pemimpin NATO optimis bahawa 2018 akan menyaksi-kan tentera Afghan mula mendapat momentum ke atas puak Taliban, hasil usaha latihan baharu, tentera udara yang semakin berkembang serta ribuan komando Afghan tambahan.

Selain itu Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump  telah memberi lebih banyak kebebasan kepada tentera Amerika dalam cara dan bila mereka dapat menyerang Taliban, manakala tentera Afghan kini semakin kerap melancarkan operasi sera-ngan.

Bercakap sebelum sidang kemuncak menteri pertaha-nan NATO bermula di Brussels, Setiausaha Agung Jens Stoltenberg berkata pakatan itu akan meningkatkan pe-nyertaannya “untuk membantu orang Afghan memecah kebuntuan, untuk menyampaikan mesej jelas kepada Taliban dan pemberontak bahawa mereka tidak akan menang di medan perang”.

Sejurus selepas sidang kemuncak NATO nanti, Setiausaha Pertahanan AS Jim Mattis akan mengadakan pertemuan berasingan dengan rakan dari perikatan yang menentang kumpulan Negara Islam (IS) di Timur Tengah, di mana pelampau jihad terus kehilangan wilayah.

Mattis berkata rakan per-ikatan melihat kepada AS untuk pelan yang jelas berhubung perkara yang akan menyusuli kekalahan IS secara fizikal.

“Mungkin tiga sukar soalan yang diajukan kepada saya sekarang adalah mengenai langkah ke hadapan. Ia bukan sama ada kita dapat meng-hentikan ISIS atau tidak, adakah kita dapat mengatasi ISIS atau tidak. Mereka sekarang berkata: “Apa selepas itu? Bagaimana keadaannya?” kata Mattis kepada pemberita pada minggu ini menggunakan akronim lain bagi kumpulan itu.

Selepas kekalahan ber-turut-turut, termasuk kubu kuat mereka Raqa dan Mosul di Syria dan Iraq, pelampau IS kini sedang mempertahankan kubu kuat terakhir mereka di sepanjang lembah Sungai Euphrates.

Pembabitan tentera Amerika di Syria sehingga sekarang hanya tertumpu semata-mata kepada usaha memerangi IS, tetapi selepas puak pelampau itu semakin lemah, Washington mesti memperincikan kepentingannya bagi jangka panjang dan peranan yang akan dimainkan oleh tentera AS, jika ada, di Syria.

Sumber Perancis berkata sekutu ingin mendengar apa yang akan diperkatakan oleh Mattis mengenai pera-nan Iran – penyokong pen-ting Presiden Syria Bashar al-Assad – ekoran retorik lantang Trump menentang Tehran. — AFP

Advertisement