Anda di sini

Tiga wanita antara 15 penagih diperintah jalani pemulihan

Advertisement

LIMBANG: Tiga wanita antara 15 penagih diperintah menjalani pemulihan dadah oleh Majistret Limbang semalam.

Pegawai Pemulihan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri,  Zamnee Ismail berkata, perintah pengawasan di bawah Seksyen 6(1)(b) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dikena ke atas  14 orang penagih termasuk tiga orang wanita selama tempoh dua hingga tiga tahun.

Seorang lagi penagih mempunyai rekod kes dadah sebelum ini diperintah menjalani rawatan dan  pemulihan dadah di Kuching selama  dua  tahun seterusnya pengawasan dua  tahun setelah tamat menjalani rawatan di bawah Seksyen 6(1)(a) akta sama,” katanya.

Zamnee berkata semua penagih berusia 21 hingga 52 tahun dan kes disiasat oleh  Pegawai Penyiasat AADK Daerah Limbang Mazlan Jikran.

Beliau memberitahu penagih yang melanggar  syarat pengawasan yang telah ditetapkan akan berrdepan dengan hukuman tiga tahun penjara dan tiga kali sebatan jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 6(3) akta yang sama.

Advertisement