Anda di sini

Tiga pegawai APMM direman bantu siasatan

Advertisement

KOTA KINABALU: Tiga pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bagi membantu siasatan berkaitan bot-bot nelayan asing yang memasuki perairan Sabah.

Majistret Afiq Agoes membuat keputusan itu di dalam kamarnya terhadap ketiga-tiga individu terbabit yang disiasat mengikut Seksyen 17 (a) SPRM 2009, selepas membenarkan permohonan Pegawai Penyiasat Mohd Faliq Basirudin.

Timbalan Pengarah Logistik berusia 45 tahun diperintahkan direman enam hari, manakala pegawai penyiasat dan pegawai berpangkat laskar masing-masing berusia 53 tahun dan 39 tahun ditahan reman lima hari.

Mohd Faliq berkata, kes berkenaan masih dalam peringkat siasatan dan sekiranya perlu membuat permohonan reman lanjut, pihaknya akan melakukan demikian.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Logistik yang akan tamat tempoh reman pada Sabtu diwakili peguam Dominic Chew Ban Huat.

Sementara itu pegawai penyiasat dan laskar terbabit akan tamat menjalani tempoh reman pada Jumaat.

Advertisement