Anda di sini

Suspek tikam anggota keluarga direman tujuh hari

Advertisement

SEREMBAN: Suspek yang dipercayai menikam seorang anggota keluarganya iaitu Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kampung Nyatoh, Norhaidi Mat Yusop, kelmarin, direman selama tujuh hari, bermula semalam.

Perintah itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Seremban Siti Huzaifah Abdul Talib, di Mahkamah Khas (Reman) Seremban, di sini.

Terdahulu, suspek berusia 31 tahun itu, dibawa ke mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi dengan memakai baju lokap berwarna ungu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi kelmarin, suspek dan Norhaidi, 40, dikatakan telah bergaduh di rumah ibu mereka di Taman Bunga Sejati, Rantau, dekat sini.

Dalam pergaduhan itu, suspek dikatakan telah menikam mangsa di bahagian belakang badan dengan pisau di halaman rumah.

Mangsa yang cedera parah terus dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar  Seremban dan disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan.

Dalam kejadian itu, polis telah merampas senjata iaitu sebilah pisau serta sebatang besi penggali tanah dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. — Bernama

Advertisement