Anda di sini

Lelaki didakwa atas tuduhan pecah rumah dan curi

Advertisement

MIRI: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Miri semalam atas tuduhan melakukan pecah rumah dan curi.

Jacky Mike Rugu, 33, dari Kampung Trusan, Lawas dituduh melakukan pecah rumah dan curi dengan memecah masuk sebuah rumah dan mencuri satu unit kamera, dua pasang kasut berjenama, duit syiling berjumlah RM200 dan satu unit iPad kepunyaan Edwin Wordford.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat bersama seorang lagi yang masih bebas jam 1.30 petang, pada 15 Disember 2011 di sebuah rumah di Jalan Foetida, Lutong Baru di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara 14 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah kemudian menetapkan 13 November ini untuk sebutan lanjut kes.

Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Md Syafique Md Hilmie manakala tertuduh tidak diwakili.

Advertisement