Anda di sini

Latihan Kursus Asas PGA, Kursus Asas Marin diadakan di PULAPOL Kuching

Advertisement
 Zulkifli melakukan pemeriksaan perbarisan para peserta Kursus Asas PGA dan Kursus Asas Marin.
PERIKSA: Zulkifli melakukan pemeriksaan perbarisan para peserta Kursus Asas PGA dan Kursus Asas Marin.

BUAT julung kali, Latihan Kursus Asas Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Kursus Asas Marin telah dijalankan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching, baru-baru ini.

Kursus asas tersebut merupakan kursus wajib bagi pegawai dan anggota yang bertugas dalam kedua-dua pasukan gerakan berkenaan, yang dijalankan secara intensif melalui pembelajaran secara teori, teknikal dan kemahiran.

Bagi PGA, kursus asas ini telah dihadiri seramai 199 peserta yang terdiri daripada 50 pegawai kanan dan 149 pegawai rendah polis yang bertugas di Briged Sabah dan Briged Sarawak.

Manakala kursus asas marin dihadiri seramai 343 peserta yang terdiri daripada 37 pegawai kanan dan 306 pegawai rendah polis dari seluruh wilayah marin di Malaysia.

Majlis perbarisan tamat latihan kursus asas tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Datuk Seri Zulkifli Abdullah.

 Zulkifli menyampaikan anugerah kepada pelatih terbaik PGA sempena majlis perbarisan tamat latihan, Kursus Asas PGA dan Kursus Asas Marin di PULAPOL Kuching.
TERBAIK: Zulkifli menyampaikan anugerah kepada pelatih terbaik PGA sempena majlis perbarisan tamat latihan, Kursus Asas PGA dan Kursus Asas Marin di PULAPOL Kuching.
 Zulkifli bersama pegawai-pegawai kanan polis yang lain merakamkan gambar kenangan bersama peserta Kursus Asas PGA dan Kursus Asas Marin di PULAPOL Kuching.
KENANGAN: Zulkifli bersama pegawai-pegawai kanan polis yang lain merakamkan gambar kenangan bersama peserta Kursus Asas PGA dan Kursus Asas Marin di PULAPOL Kuching.
  • oleh
  • Advertisement