Anda di sini

Beri makan ikan, Trump hilang sabar

Advertisement
 Kombinasi gambar menunjukkan gelagat Trump dan Abe ketika sesi memberi makan ikan kaloi sebelum makan tengah hari sambil bermesyuarat di Istana Akasaka di Tokyo, semalam. — Gambar Reuters
HILANG SABAR: Kombinasi gambar menunjukkan gelagat Trump dan Abe ketika sesi memberi makan ikan kaloi sebelum makan tengah hari sambil bermesyuarat di Istana Akasaka di Tokyo, semalam. — Gambar Reuters

TOKYO: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menjadi bahan bualan dalam media sosial semalam apabila menuang sekotak makanan ikan ke dalam kolam kaloi koi semasa lawatan ke Jepun.

Trump dan tuan rumah Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe bermula dengan menabur sesudu demi sesudu makanan tersebut ke dalam kolam di bawah astaka yang dipenuhi dengan ikan kaloi yang diseru pembantu tempatan dengan tepukan berkali-kali.

Trump nampaknya hilang sabar dengan cara tersebut lalu menuang seluruh isi kotak kayu itu ke dalam kolam.

Insiden tersebut dikecam pencinta ikan dalam Twitter di mana ramai menegaskan ikan tersebut tidak dapat menyerap makanan sebanyak itu dalam satu-satu masa.

Setiausaha Luar Rex Tillerson dan Abe ketawa melihat gelagat presiden yang kurang sabar itu. — AFP

Advertisement