Anda di sini

Album pertama Fazura catat jualan melebihi 5,000 unit

Advertisement
 Fazura (kiri) menerima anugerah emas daripada Pengarah Urusan Universal Music Malaysia & Singapura, Kenny Ong baru-baru ini.
PENGIIKTIRAFAN EMAS: Fazura (kiri) menerima anugerah emas daripada Pengarah Urusan Universal Music Malaysia & Singapura, Kenny Ong baru-baru ini.

PETALING JAYA: Album pertama aktres popular, Nur Fazura Sharifuddin berjudul Fazura mencatat jualan melebihi 5,000 unit sejak dipasarkan pada 23 Oktober lalu.

 Pencapaian itu membolehkan Fazura menerima anugerah emas daripada syarikat rakamannya, Universal Music Malaysia, pada majlis pelancaran album berkenaan dan pelantikannya sebagai duta Sahajidah Hai-O Marketing di One World Hotel di sini baru-baru ini.

 Menurut Fazura, kejayaan yang sama sekali tidak dijangka itu membuatkan dia terharu sehingga tidak mampu menahan tangisan.

 “Saya terharu dan gembira apabila hasil usaha saya selama ini berbalas,” jelas Fazura pada sidang media.

 Mengulas kejayaan album itu, Aktres Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-27 itu mengakui sangat terharu apabila mengenangkan pengalaman pahit dan manis tatkala rakaman.

 DIKECAM DAN DIKRITIK

“Saya tidak takut dengan cabaran dan kritikan. Saya kaji setiap kritikan lantas membaiki diri dengan menghadiri kelas vokal dan menerima panduan secara profesional,” kata pelakon yang popular dengan drama ‘Hero Seorang Cinderella’ ini.

 Selain lagu ‘Cinderella’, lagu duet popularnya bersama Fattah Amin, peminat berpeluang menikmati lagu duet bersama Ariadinata, vokalis kumpulan Samsons dalam lagu ‘Cinta Langka’.

 Album yang mengandungi sembilan buah lagu ini mendapat sentuhan kreatif komposer muda seperti Tantra Numata, Irfan Aulia (Samsons), Rich L Gimbang (Estranged), Ahmad ‘Kemat’ Khair, Anas Amdan, Alwyn Santiago, Megat Fazzly.

 Sementara itu, pemilihan Fazura sebagai duta adalah seiring dengan visi Sahajidah Hai-O Marketing yang giat mengadakan kepelbagaian cabang perniagaan dengan menembusi industri fesyen serta menawarkan produk gaya hidup.

 Menurut kenyataan Sahajidah Hai-O, Fazura bakal memberi nafas baharu kepada Premium Beautiful, siri pakaian dalam pembentukan badan yang merupakan antara produk terlaris dan sinonim dengan nama Sahajidah Hai-O Marketing.

 Turut hadir dalam majlis itu ialah pengasas Kumpulan Hai-O, En.

 Tan Kai Hee, Pengerusi Kanan Sahajidah Hai-O Marketing, Tan Sri Osman S Cassim dan Pengarah Urusan Universal Music Malaysia & Singapura, Kenny Ong. — Bernama

  • oleh
  • Advertisement