Anda di sini

Tiga beranak beri rasuah direman

Advertisement

MIRI: Seorang ahli perniagaan dan dua anak  yang ditangkap kerana disyaki merasuah tiga pegawai penguatkuasa, diperintahkan Mahkamah Majistret hari ini supaya direman lima hari.

Perintah itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Md. Syafique Md. Hilmie setelah membenarkan permohonan reman yang  dikemukakan pegawai penyiasat Jamal Ayub  yang juga Pegawai Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Miri.

Ketiga-tiga suspek yang berusia 58, 21 dan 31 tahun telah ditangkap jam 2.30 petang, 5 November di Krokop kerana disyaki merasuah tiga pegawai penguatkuasa terbabit antara tahun 2016 hingga 2017.

Tempoh reman ke atas tiga suspek terbabit akan tamat pada 11 November ini.

Suspek dibawa keluar selepas perintah reman diluluskan hari ini
Suspek dibawa keluar selepas perintah reman diluluskan hari ini
  • oleh
  • Advertisement