Anda di sini

Ribuan hadir termasuk dari Brunei untuk jumpa Fattah Amin di Miri

Advertisement
 Fattah Amin melambaikan salam kepada para peminat beliau di Miri baru-baru ini.
SESI BERTEMU PEMINAT: Fattah Amin melambaikan salam kepada para peminat beliau di Miri baru-baru ini.

MIRI: Permaisuri Imperial City Mall sekali lagi menjadi tumpuan ribuan pengunjung yang teruja untuk berjumpa selebriti terkenal, Fattah Amin yang buat kali pertama datang ke Miri sempena majlis temu ramah bersama Fattah Amin pada Ahad, 29 Oktober yang lepas anjuran rangkaian premis produk kesihatan dan kecantikan MyOnlineShopes.

 Fattah Amin merupakan duta produk AJ De Perfum hadir ke Miri sempena siri jelajah AJ Perfume x Fattah Amin yang turut dihadiri oleh pengasas AJ De Parfum iaitu Nurul dan suami beliau Azrul.

 Wangian AJ De Perfum yang kini viral di pasaran mempunyai lebih dari 40 pilihan jenis wangian untuk lelaki dan wanita.

 Wangian ‘Fattah Amin Limited Edition’ dan ‘Wanita Terakhir’ adalah keluaran yang paling mendapat sambutan hangat.

 Selain pelbagai pilihan bauan, ia tahan lama sehingga lebih 16 jam, halal boleh dibawa solat dan tiada kesan pada pakaian.

 Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran hos jemputan, Anding AF2.

 Rata-rata pengunjung yang hadir begitu teruja yang sanggup hadir awal bukan sahaja dari Miri malah ada yang datang dari Kuching, Sibu, Limbang, Sabah, Brunei dan ada yang sanggup datang dari Semenanjung.

 Menurut pengasas MyOnlineShopes, Puan Nor Azlinawati Rozlan atau lebih mesra dengan panggilan Puan Lin, sebanyak 30 tiket VIP untuk berselfie bersama Fattah Amin telah habis dijual pada hari pertama jualan dibuka.

 Atas permintaan ramai, bilangan tiket telah ditambah menjadi sebanyak 100 tiket dan juga telah habis dijual sebelum majlis.

 MyOnlineShopesTM merupakan Stokis AJ De Perfume di Sarawak yang mempunyai tiga rangkaian premis di Miri iaitu di Permaisuri Imperial City Mall, Emart Tudan dan Econsave Lutong.

 Pendaftaran untuk agent AJ Perfume kini dibuka kepada sesiapa yang berminat untuk berniaga dan menambahkan pendapatan.

 Sebarang pertanyaan boleh menghubungi terus talian : 010-840 8600.

 Untuk sebarang perkembangan atau promosi terkini orang ramai boleh mengikuti di laman facebook dan instagram myonlineshopes atau melayari laman: www.myonlineshopes.my.

 Puan Lin (duduk kiri sekali, bertudung merah jambu) bersama para tetamu khas.
SPORTING: Puan Lin (duduk kiri sekali, bertudung merah jambu) bersama para tetamu khas.
  • oleh
  • Advertisement