Anda di sini

Tokyo iktiraf warga robot pertama

Advertisement
 Gambar serahan semalam oleh Shibuya Ward Tokyo menunjukkan sijil pemastautin khas untuk Shibuya Mirai. — Gambar AFP
COMEL: Gambar serahan semalam oleh Shibuya Ward Tokyo menunjukkan sijil pemastautin khas untuk Shibuya Mirai. — Gambar AFP

TOKYO: Satu watak kepintaran buatan (AI) dijadikan penduduk rasmi sebuah daerah sibuk tengah Tokyo semalam, di mana pendatang baharu dalam dunia maya itu menyerupai seorang budak lelaki berusia tujuh tahun yang petah bercakap.

Budak itu yang dinamakan ‘Shibuya Mirai’, tidak wujud secara fizikal tetapi boleh melibatkan diri dalam perbualan teks dalam aplikasi permesejan LINE.

Shibuya Ward di Tokyo adalah kawasan yang popular kalangan golongan muda kaki fesyen dan telah memberikan watak tersebut sijil pemastautin khasnya sendiri.

Ini menjadikannya robot AI pertama di Jepun dan mungkin juga di dunia, diberikan tempat dalam pendaftaran tempatan yang sebenar.

Mirai yang bermaksud ‘masa depan’ dalam bahasa Jepun, dipercayai pelajar tahun pertama di sebuah sekolah asas.

Dia boleh membalas mesej teks dan membuat pelbagai memek muka menghiburkan ketika berswafoto.

Shibuya berkata, projek tersebut bertujuan mewujudkan kesedaran mengenai kerajaan tempatan di kalangan penduduknya dan memudahkan para pegawai mendengar pendapat rakyat.

Hobinya bergambar dan melihat orang ramai.

Dia juga suka bercakap, jadi berbuallah dengannya mengenai apa sahaja,” menurut Shibuya Ward dalam satu kenyataan bersama Microsoft, pemaju bersama watak AI tersebut. — AFP

Advertisement