Anda di sini

Rakyat Australia kecam krisis di Manus

Advertisement

Digambarkan PBB sebagai kecemasan kemanusiaan, ramai seru pertimbangan

 Penunjuk perasaan membawa sepanduk dan kain rentang ketika mengadakan demonstrasi protes hak pelarian di tengah Melbourne, semalam. — Gambar Reuters
BELAS KASIHAN: Penunjuk perasaan membawa sepanduk dan kain rentang ketika mengadakan demonstrasi protes hak pelarian di tengah Melbourne, semalam. — Gambar Reuters

SYDNEY: Lebih 1,000 mengadakan demonstrasi di Australia semalam bagi mengecam layanan terhadap ratusan pencari suaka di sebuah pusat tahanan luar pantai yang digambarkan PBB sebagai kejadian kecemasan kemanusiaan.

Kira-kira 600 lelaki berkurung di dalam kem tersebut di pulau terpencil Manus di Papua New Guinea (PNG), menolak usaha Australia dan PNG untuk menutupnya.

Makanan, air paip dan perkhidmatan perubatan telah diputuskan Australia lima hari lalu.

Pihak berkuasa Australia mahu mereka berpindah ke pusat transit di tempat lain di pulau tersebut pada permulaan proses yang dikhuatiri mereka akan mengakibatkan penempatan semula di PNG atau negara membangun lain/

Mereka juga khuatirkan serangan ganas komuniti tempatan.

Mereka tidak melakukan sebarang jenayah melainkan perkara yang pasti akan kita lakukan sekiranya mendapati nyawa kita atau keluarga kita dalam risiko,” kata Ahli Parlimen Adam Bandt dari parti Hijau di bandar kedua terbesar Australia Melbourne.

Demonstrasi lebih kecil telah diadakan di Sydney.

Pusat Manus, salah satu pulau kecil Nauru di Pasifik, merupakan bahagian utama dalam polisi imigresen ‘Sempadan Berdaulat’ Australia yang menimbulkan kontroversi, di mana ia menolak pencari suaka yang tiba dengan bot.

Polis itu dikecam hebat PBB dan kumpulan hak asasi manusia, tetapi disokong kerajaan haluan tengah-kanan dan pihak pembangkang Buruh.

Jurucakap hak asasi manusia PBB Rupert Colville memberitahu sidang akhbar di Geneva kelmarin mengenai kejadian kecemasan kemanusiaan di pusat Manus di mana pencari suaka dilaporkan menggali telaga untuk mendapatkan air.

Penempatan semula kumpulan itu disebut sebagai langkah sementara bagi memberi masa kepada Amerika Syarikat (AS) untuk menapis pencari suaka dalam perjanjian pertukaran pelarian yang dipersetujui tahun lepas, di mana Australia akan menerima pelarian dari Amerika Tengah.

Ketua Buruh Bill Shorten menyeru Perdana Menteri Malcolm Turnbull untuk mempertimbang tawaran New Zealand yang mahu menerima 150 pelarian kem Manus dan Nauru. — Reuters

Advertisement