Anda di sini

Perluas skim pembiayaan PR1MA kepada rumah mampu milik swasta

Advertisement

Galak lebih ramai pemaju untuk bina lebih banyak rumah mampu milik

KUCHING: Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) menyambut baik pengumuman skim pembiayaan langkah demi langkah seperti yang diperkenalkan oleh PR1MA diperluaskan untuk rumah mampu milik yang dibina oleh pemaju swasta.

 Penasihat SHEDA cawangan Kuching, Sim Kiang Chiok berkata perkara itu akan menggalakkan lebih banyak pembeli rumah kali pertama untuk membeli rumah berpatutan dengan kelayakan pinjaman perumahan yang lebih tinggi dan kadar penolakan yang lebih rendah.

 “Selain, ia juga akan menggalakkan lebih banyak pemaju untuk membina lebih banyak rumah mampu milik.

 “Pembeli rumah berupaya membuat jumlah pinjaman yang lebih tinggi dan juga membolehkan akaun KWSP 2 digunakan bagi jumlah pinjaman untuk pembiayaan yang lebih tinggi.

 “SHEDA berharap kriteria itu seterusnya akan diperluaskan untuk pembiayaan berperingkat kepada pemaju swasta seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada Pembentangan Bajet 2018 yang akan memberi manfaat yang sama kepada pelanggan PR1MA dan kami,” katanya semalam.

 Pengecualian cukai 50 peratus ke atas sewa yang diterima untuk harta kediaman oleh individu pemastautin tidak melebihi RM2,000 sebulan digalakkan untuk pemilik rumah dan pemaju.

 Ujar beliau ia berupaya merangsang pemilikan rumah sebagai pelaburan dan sekali gus penjimatan dan pulangan yang lebih baik kepada pembeli.

 Pembentangan Bajet 2018 baru-baru ini menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara.

 Menurut beliau lagi, pertumbuhan ekonomi diunjurkan berkembang 5.2 peratus untuk tahun 2017.

 Sekali gus mengurangkan defisit daripada tiga peratus KDNK kepada 2.8 peratus, peningkatan pendapatan bulanan isi rumah dari RM4,585 pada tahun 2014 menjadi RM5,288 pada 2016.

 Ia juga mengurangkan jurang pendapatan seperti yang diukur oleh Gini Coefficient dari 0.441 0.399 pada tahun 2016.

 Keperluan perumahan juga ditangani dengan programprogram daripada pelbagai agensi seperti Program Perumahan Rakyat (17,300 unit) 3,000 unit Rumah Mesra Rakyat oleh SPNB.

 Sementara, 210,000 unit rumah di bawah harga RM250, 000 oleh PR1MA, 25,000 unit rumah untuk kakitangan awam, 2,000 unit dibawah PPA1M.

 Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (My Deposit) juga adalah tepat pada masanya untuk memenuhi keperluan penduduk yang semakin meningkat hari ini.

  • oleh
  • Advertisement