Anda di sini

Gadis muda merintis arena gusti lengan di Sarawak

Advertisement
 Stephen (tengah) tekun memberi bimbingan kepada anaknya agar berjaya dalam bidang diceburinya.
DISIPLIN: Stephen (tengah) tekun memberi bimbingan kepada anaknya agar berjaya dalam bidang diceburinya.
 Abi berlatih di gimnasium yang disediakan percuma oleh bapanya.
GIGIH: Abi berlatih di gimnasium yang disediakan percuma oleh bapanya.
Abisadj Kee
Abisadj Kee

KE mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Itu perumpamaan sesuai bagi gadis putih melepak yang mengikut jejak langkah bapanya aktif dalam sukan gusti lengan.

Abisadj Kee, 15, anak kepada pasangan Stephen Kee dan Noami merupakan pengadil sukan gusti lengan muda berbakat besar hasil didikan dan dorongan bapanya dan sokongan ahli keluarga yang lain.

Dia yang lebih mesra disapa dengan panggilan Abi, mendapat dorongan padu daripada bapanya yang merupakan Timbalan Presiden Persatuan Sukan Gusti Lengan Sarawak (SASA).

Bakat Abi juga terserlah dalam modeling apabila didapati tidak kekok beraksi di hadapan lensa kamera.

Biarpun demikian, Stephen sekadar ketawa apabila diceritakan kepadanya kebolehan Abi di hadapan kamera sambil menjawab, “Saya ingin melihat Abi menjadi seorang doktor gigi.”

Tamat persekolahan saya akan hantar dia ke luar negara untuk mengikuti pengajian dalam bidang tersebut.”

Abi segera menjawab ketika ditanya mengenai kemungkinan untuk menceburi lebih jauh dalam bidang modeling, “Kalau dapat la (sambil ketawa) tetapi saya perlu minta kebenaran dengan bapa saya dulu.”

Diajukan soalan mengapa meminati sukan gusti lengan, Abi memberitahu apabila bapanya menyedari dirinya tidak seberapa kuat menjadi ahli gusti lengan, dia disarankan untuk menjadi pengadil.

Bapa mendorong kami adik-beradik dan melatih menjadi ahli gusti lengan.

Adik bongsu lelaki saya berumur 11 tahun dan adik perempuan saya 13 tahun sedang giat berlatih dengan bapa saya,” katanya.

Harapan kami ialah menjadi ahli gusti lengan termuda di Malaysia yang mampu bersaing di pentas antarabangsa.

Saya tidak kuat seperti adik-adik saya, jadi bapa menasihatkan saya agar menjadi pengadil sukan ini,” jelasnya.

Tambahnya, bapanya meluangkan masa lapang terutama pada waktu malam untuk melatih mereka adik-beradik di gimnasium khas untuk ahli-ahli gusti lengan secara percuma.

Malah, sukan itu memberikan peluang bagi mereka anak-beranak menghabiskan masa bersama dengan cara santai dan sihat.

 Noami sebagai ibu sentiasa berada di sisi Abi memberi kata-kata semangat.
SOKONGAN PADU: Noami sebagai ibu sentiasa berada di sisi Abi memberi kata-kata semangat.

TIADA KEKANGAN

Meskipun masih bersekolah, Abi tidak berhadapan kekangan untuk membahagikan masa antara pelajaran dan hobinya kerana ia tidak mengganggu pelajarannya.

Dia juga memiliki hobi berenang, membaca, bersolek dan memasak.

Stephen banyak mengajar Abi tentang kehidupan.

Sejak kecil sehingga kini saya bertuah mengikut bapa saya bekerja. Banyak yang telah saya pelajari daripada bapa.

Semua ini tidak ada diajar dalam buku sekolah.

Kemahiran menyelesaikan masalah telah banyak diajar oleh bapa saya.

Saya lebih bersedia dan berdikari berbanding rakan-rakan sebaya saya,” jelasnya.

Mengenai Pertandingan Gusti Lengan Antarabangsa Premier 101 2018 di Kuching pada 19 dan 20 Januari 2018, Abi akan beraksi sebagai pengadil.

Bukan calang-calang gadis yang berpeluang mengadili sukan antarabangsa!

Diadakan di Premier 101, Kuching pertandingan itu merupakan terbesar di rantau Asia ini dengan menampilkan jaguh dunia dalam gusti lengan dari Kanada Devon Larrat.

Stephen yang juga pengerusi jawatankuasa penganjur pertandingan itu memberitahu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin telah diundang untuk menghadiri pertandingan itu.

Lapan kategori akan dipertandingkan pada Januari depan meliputi Lelaki Kanan 85kg ke atas, Lelaki Kanan 75-85kg, Lelaki Kanan 75kg ke bawah, Lelaki Kidal 80kg ke atas, Lelaki Kidal 80kg ke bawah, Lelaki Kanan Amatur 75kg ke atas, Lelaki Kanan Amatur 75kg ke bawah dan Wanita Kanan Terbuka.

Jumlah keseluruhan wang tunai yang ditawarkan pada acara berprestij itu ialah RM31,300.00.  

 Abi tidak kekok beraksi di hadapan lensa kamera.
BERBAKAT: Abi tidak kekok beraksi di hadapan lensa kamera.
 Abi bersama rakan-rakan gimnasium yang kerap datang berlatih.
MANTAP: Abi bersama rakan-rakan gimnasium yang kerap datang berlatih.
  • oleh
  • Advertisement