Anda di sini

Serangan berdarah di kafe Maghribi

Advertisement
 Polis menjalankan tugas di tapak jenayah selepas dua lelaki melepaskan tembakan yang menyebabkan seorang lelaki terbunuh dan dua lagi tercedera                     di kafe ‘La Creme’ di kawasan pelancongan Hivernage di Marrakesh, Maghribi, kelmarin. — Gambar AFP
SIASAT: Polis menjalankan tugas di tapak jenayah selepas dua lelaki melepaskan tembakan yang menyebabkan seorang lelaki terbunuh dan dua lagi tercedera di kafe ‘La Creme’ di kawasan pelancongan Hivernage di Marrakesh, Maghribi, kelmarin. — Gambar AFP

RABAT: Seorang lelaki ditembak mati dan dua lagi tercedera di kawasan pelancongan Marrakesh, menurut pihak berkuasa di Maghribi, sambil menambah bahawa ia kelihatan seperti satu cara penyelesaian masalah tempatan.

Dua penyerang yang memakai ‘balaclava’ menembak mangsa di sebuah kafe di pekan – destinasi popular bagi pelancong asing.

Lelaki tersebut, yang ter-kena tembakan di kepala, meninggal dunia serta-merta.

Dua penyerang itu turut mencederakan dua orang lagi dalam tembakan rambang sebelum mereka melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal, menurut pihak berkuasa tempatan.

Siasatan awal menunjukkan bahawa lelaki yang meninggal dunia telah disasarkan secara khusus, kata pihak berkuasa.

Ketua kerajaan Maghribi menyatakan dalam Twitter bahawa dua orang ditangkap.

Kafe di mana kejadian tembakan itu berlaku terletak di kawasan pelanco-ngan yang sangat sibuk di pekan tersebut, berhampiran dengan beberapa hotel terkenal.

Insiden itu menimbulkan kebimbangan meluas dalam media sosial, dengan khabar angin mengenai serangan pengganas tersebar dalam Internet Maghribi.

Kematian akibat tembakan adalah sangat jarang berlaku di Maghribi, di mana terdapat sangat kurang senjata dalam edaran.

Kerajaan sebelum ini men-jadi mangsa serangan pengganas, dengan 45 orang terbunuh pada 2003 di Casablanca, dan 17 orang terkorban di Marrakesh pada 2011. — AFP

Advertisement