Anda di sini

IS dakwa penyerang NY ‘anggota tentera’ IS

Advertisement

WASHINGTON: Penye-rang yang membunuh lapan orang dalam amukan trak di New York pada Selasa lepas adalah “anggota tentera” kumpulan Negara Islam (IS), kata pejuang jihad kelmarin, menurut kumpulan pemerhati yang berpusat di Amerika Syarikat (AS).

“Salah seorang anggota tentera IS menyerang beberapa pejuang zalim di sebatang jalan raya di Kota New York,” menurut arti-kel dalam keluaran terbaharu bagi akhbar mingguan kumpulan tersebut al-Naba, menurut Kumpulan Pe-risikan SITE.

Sayfullo Saipov, 29, seorang pendatang dari Uzbekistan, didakwa dengan kesalahan keganasan selepas dikatakan memandu sebuah trak pikap yang disewa melalui laluan berbasikal sepanjang satu batu di Manhattan.

Dokumen dakwaan me-nyatakan dia mengakui bertindak dalam nama IS dan “berasa bagus dengan apa yang dia telah lakukan,” malah meminta untuk menggantung bendera IS di dalam bilik hospitalnya.

Polis berkata dia kelihatan mematuhi “arahan” sepenuhnya yang diberikan oleh IS kepada pengikutnya dalam media sosial.

Dia dikatakan memiliki tiga bilah pisau, ribuan gambar propaganda IS dan beberapa video yang menunjukkan pejuang IS membunuh tahanan.

Gambar Saipov yang mun-cul adalah seorang suspek yang hanya bersikap radikal selepas berpindah ke AS pada 2010.

“Dengan izin Allah ope-rasi berjaya mencetuskan ketakutan dalam pejuang zalim Amerika, mendesak mereka agar menambah langkah keselamatan dan mengukuhkan tindakan terhadap pendatang ke AS,” kata IS dalam artikel al-Naba, menurut SITE.

Selepas seorang penye-rang menembak mati 58 orang pada bulan lepas di Las Vegas, IS mendakwa pembunuh juga salah seorang “anggota tenteranya” namun FBI menyatakan ia tidak menemui sebarang kaitan dengan tertuduh, Stephen Paddock. — AFP

Advertisement