Anda di sini

Wanita mengaku tidak bersalah terhadap 51 pertuduhan tipu

Advertisement
 Tertuduh dieskot dari mahkamah selepas mengaku tidak bersalah terhadap  51 pertuduhan menipu.
NAFI: Tertuduh dieskot dari mahkamah selepas mengaku tidak bersalah terhadap 51 pertuduhan menipu.

SIBU: Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam terhadap 51 pertuduhan menipu.

Alfizah Ahmad, 35, menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dan dengan sebatan, serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Mengikut tuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu antara 27 April 2017 dan 27 Julai 2017.

Dia dituduh menipu Mona Lisa Isa, 35, untuk mempercayai bahawa dia (Alfizah) akan menempah penerbangan murah domestik dan antarabangsa.

Akibat ditipu, mangsa kerugian sebanyak RM34,328.70.

Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM33,500 berserta dua penjamin tempatan.

Mahkamah turut menetapkan 6 Disember ini sebagai tarikh prapengurusan kes.

Kenyataan kes mahkamah dikeluarkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak, Superintenden Mustafa Kamal Gani.

Advertisement