Anda di sini

Tiga mati ditembak di Walmart Colorado

Advertisement

WASHINGTON: Tiga orang mati ditembak di sebuah gedung beli-belah Walmart di Colorado pada petang kelmarin, kata polis, di negara yang sedang bergelut dengan keganasan senjata berdarah yang kerap.

“Tiga kematian disahkan,” kata Jabatan Polis Thornton menerusi Twitter, yang menaikkan bilangan sebelum itu selepas seorang wanita, yang ia sebelum itu umumkan telah dibawa dari tempat kejadian, meninggal dunia.

“Buat masa sekarang tidak ada orang yang berada dalam tahanan,” kata jabatan itu, yang merayu agar “sesiapa sahaja yang ada maklumat” untuk menghubunginya.

Pada bulan lepas, seorang lelaki bersenjata di Las Vegas membunuh 58 orang dalam serangan beramai-ramai terburuk di negara itu dalam sejarah moden.

Lebih 33,000 kematian yang ada kaitan dengan senapang berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat (AS), menurut satu kajian yang dikeluarkan pada bulan ini.

Sementara ahli politik AS cepat melaksanakan dasar menyeluruh, termasuk tindakan ketenteraan, sebagai reaksi kepada serangan “te-rorisme”, pihak berkuasa tidak mengambil sebarang tindakan konkrit untuk menangani wabak keganasan senapang domestik yang jauh lebih berbahaya.

Kegagalan untuk bertindak itu umumnya disebabkan oleh lobi senapang berpengaruh Persatuan Raifal Kebangsaan – dan ahli Republikan yang bergantung kepadanya untuk pembiayaan dan sokongan lain – yang menolak sekeras-kerasnya langkah mengawal senapang. — AFP

Advertisement