Anda di sini

Suspek NY mengaku bertindak demi IS

Advertisement
 Lakaran kamar mahkamah menunjukkan Saipov yang bergerak menggunakan kerusi roda hadir di mahkamah persekutuan Manhattan di New York kelmarin. — Gambar Reuters
SUSPEK NEW YORK: Lakaran kamar mahkamah menunjukkan Saipov yang bergerak menggunakan kerusi roda hadir di mahkamah persekutuan Manhattan di New York kelmarin. — Gambar Reuters

NEW YORK: Pendatang Uzbek yang mendalangi sera-ngan terburuk dalam tempoh 16 tahun di New York (NY) mengakui dia bertindak dalam nama kumpulan Negara Islam (IS) dan “rasa bagus” mengenai pembunuhan itu, selepas dia merancang serangan selama setahun, kata penyiasat kelmarin.

Maklumat mengejutkan muncul manakala pendakwa persekutuan memfailkan tuduhan terorisme terhadap Sayfullo Saipov, yang kemudian hadir di mahkamah dengan memakai kerusi roda – dia ditembak di perut oleh polis – 24 jam selepas dia merempuh pejalan kaki dan penunggang basikal, dan berlanggar dengan sebuah bas sekolah.

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menjanjikan tindakan segera ke atas program visa yang menurutnya membolehkan penyerang berusia 29 tahun itu untuk berhijrah pada 2010, dan menyatakan beliau “sudah pasti akan menimbang” untuk menghantar suspek ke pusat tahanan tentera di Teluk Guantana-mo.

Serangan berkenaan membunuh lapan orang, lima daripada mereka adalah rakan-rakan sejak zaman kanak-kanak dari Argentina yang meraikan 30 tahun sejak graduasi mereka dari sekolah tinggi, seorang ibu berusia 31 tahun dari Belgium, dan dua lelaki AS, dari New York dan New Jersey.

Daripada 12 mangsa yang cedera, empat masih dalam keadaan tenat ekoran sera-ngan paling berdarah di ibu kota kewangan Amerika sejak rampasan pesawat oleh  Al-Qaeda pada 11 September 2001.

Saipov mula merancang se-rangan setahun lalu, sebelum membuat keputusan dua bulan lalu untuk menggunakan trak bagi membunuh seramai mungkin orang sewaktu perayaan Halloween, menurut satu laporan terorisme persekutuan.

Pendakwa mengumumkan tuduhan, dan menyatakan dia mengetepikan haknya dan mengaku mendapat inspirasi dari dakyah IS, selepas menjerit “Allahu Akbar” (Allah Maha Besar dalam bahasa Arab) ketika dia keluar dari sebuah trak pikap sewa di Lower Manhattan pada Selasa lepas.

“Saipov melakukan sera-ngan ini untuk menyokong ISIS,” pemangku peguam AS di Manhattan, Joon Kim, mengumumkan.

Saipov muncul dengan memakai kerusi roda di hadapan seorang majistret AS di mahkamah persekutuan Manhattan, di mana tuduhan dibaca secara rasmi.

Dia tidak diperlukan membuat pengakuan dan kemudian dihantar ke sebuah kemudahan tahanan persekutuan, kemungkinan besar di New York, kata seorang jurucakap pejabat Peguam AS kepada AFP.

Dia didapati memiliki pelbagai jenis pisau dalam sebuah beg hitam, lesen memandu Florida dan dua telefon bimbit yang mengandungi ribuan imej dakyah IS dan puluhan video dakyah IS, kata Kim.

Fail tersebut menggambarkan “antara lain, pejuang ISIS yang membunuh tahanan dengan melanggar mereka menggunakan kereta kebal, memenggal mereka, dan menembak wajah mereka”, tambah Kim.

“Saipov meminta untuk mempamerkan bendera ISIS dalam bilik hospitalnya dan menyatakan dia rasa bagus mengenai apa yang dia telah buat,” dokumen pendakwaan menyebut.

Laporan itu menyenaraikan dua tuduhan: menyediakan sumber dan sokongan bahan kepada organisasi pengganas asing khusus, selain keganasan dan kemusnahan kenderaan motor. Ia tidak segera jelas sama ada dia akan menghadapi tuduhan se-       lanjutnya ataupun tidak.

Kim berkata tuduhan me-nyediakan sokongan bahan membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup. Pendakwa persekutuan juga berpotensi untuk menuntut hukuman mati.

Dalam kejiranan majoriti Muslim di mana Saipov tinggal bersama isteri dan anak-anaknya selama lebih setahun di bandar Paterson, New Jersey, penduduk berang kelmarin kerana dia telah mencemari reputasi mereka sebagai pendatang yang rajin bekerja.

“Mereka harus menggantungnya!” kata pengurus sebuah dobi dekat pangsa-purinya yang sederhana.

“Jika anda datang ke AS, ia adalah untuk membuat sesuatu yang lebih baik, bukan sesuatu yang jahat!,” kata wanita itu yang enggan memberi namanya kerana takut.

Seorang anggota polis me-nembak Saipov ketika dia keluar dari trak dengan membawa senapang penabur dan senapang ‘paintball’.

Gabenor New York Andrew Cuomo berkata Saipov diterap dengan fahaman radikal selepas dia berhijrah ke AS. Dia bukan warga AS tetapi penduduk tetap yang sah.

Trump mengecam Saipov sebagai “binatang” dan berkata beliau “sedang memula-kan proses menamatkan” loteri kad hijau popular, yang menurutnya membolehkan Saipov untuk memasuki negara itu.

“Kita mesti melakukan apa yang betul untuk me-lindungi rakyat kita,” kata presiden Republikan itu kepada pemberita. “Kita akan menamatkan program loteri ini secepat mungkin.”

Saipov tinggal di Florida sebelum dia berpindah ke Patersin, bekas hab perindustrian kira-kira 30 kilo-meter ke timur laut New York.

Dia merupakan lelaki Uzbek keempat dalam tempoh tidak sampai setahun yang dikaitkan dengan serangan berdarah di seberang laut, ekoran serangan di Istanbul, St Petersburg dan Stockholm. — AFP

Advertisement