Anda di sini

Nafi tuduhan khianat, lelaki dibebas jaminan RM1,500

Advertisement

MIRI: Mahkamah Majistret memerintahkan seorang lelaki dibebas dengan jaminan RM1,500 berserta dua penjamin tempatan setelah menafikan tuduhan melakukan khianat hingga merosakkan cuping besi pagar rumah yang didiami seorang lelaki warga asing.

Mahkamah kemudian menetapkan 13 November ini untuk pengurusan kes.

Yapp Eng How, 44, dari Jalan Green Ville, Jalan Senadin di sini telah didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari setahun dan tidak melebihi lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh telah dituduh melakukan khianat dengan merosakkan cuping besi pagar yang menempatkan mangga kunci pagar rumah yang didiami seorang warga negara Amerika, Kenneth Ray Szulczyk.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 11.30 malam, 1 Julai 2016 di sebuah lot di Jalan Desa Senadin di sini.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor di hadapan Majistret Zuraini Ali Musa.

Advertisement