Anda di sini

Mengaku kes ugut, pemuda dipenjara dua bulan

Advertisement

MIRI: Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret semalam setelah mengaku bersalah melakukan ugutan bunuh terhadap seorang wanita.

Hukuman itu dijatuhkan Penolong Kanan Pendaftar Md Syafique Md Hilmie setelah meneliti beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukannya serta mengambilkira kepentingan awam.

Mohammad Adhwa Mahamud, 23, dari Luak Bay di sini didapati telah melakukan ugutan jenayah terhadap Selasiah Sulaiman, 56, dengan mengugut hendak membunuh mangsa sambil bersenjatakan sebilah sabit.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 11 malam, 25 Oktober lalu di rumah keluarganya di Luak Bay di sini.

Di hadapan mahkamah, tertuduh merayu hukuman ke atasnya diringankan memandangkan ini adalah kesalahan pertamanya.

Advertisement