Anda di sini

Ramli Sarip, M.Nasir di Festival Kesenian Budaya, Sabtu ini

Advertisement
 Datuk M.Nasir (kiri) dan Datuk Ramli Sarip adalah antara nama besar yang akan memeriahkan konsert yang akan diadakan pada 4 Nov nanti di Kelana Jaya.
KONSERT BERSAMA: Datuk M.Nasir (kiri) dan Datuk Ramli Sarip adalah antara nama besar yang akan memeriahkan konsert yang akan diadakan pada 4 Nov nanti di Kelana Jaya.

DATUK Ramli Sarip dan Datuk M.Nasir adalah antara nama besar yang akan memeriahkan konsert yang akan diadakan pada 4 Nov nanti di Kelana Jaya.

Para pengunjung juga berpeluang menyaksikan persembahan bertenaga daripada Ameng Spring, Kaka Azraff, Sufian Suhaimi, Mr.5K dan Annabelle.

Konsert yang akan diadakan di Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya ini diadakan bersempena dengan PJ Fair 2017 yang membawa tema Festival Kesenian Budaya.

Selain konsert ini, antara aktiviti yang boleh disertai oleh para pengunjung adalah tarian urban, zumba, pasar lambak, memancing dan berenang percuma, pertandingan bola jaring dan papan luncur serta gerai-gerai pameran.

Festival anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya ini telah masuk edisi kelima dan ia bertujuan menghimpunkan seluruh lapisan masyarakat untuk bersama-sama mewarnai program ini,” kata Pengarah Komunikasi Korporat MBPJ, Haniza Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

Beliau berkata festival yang akan berlangsung sehingga 5 Nov diadakan berdasarkan aspirasi penduduk Petaling Jaya yang mengharapkan suasana kehidupan masyarakat yang lebih sihat, harmoni, sejahtera dan berbudaya. Bernama

Advertisement