Anda di sini

Parlimen Jepun pilih semula Abe sebagai PM

Advertisement

Para pengundi yang keliru dengan pembangkang beri majoriti besar kepada parti beliau

 Abe tunduk hormat ketika rakan-rakan dalam Parlimen meraikan pelantikan semulanya sebagai PM di Dewan Rakyat di Tokyo, semalam. — Gambar AFP
TERBAIK: Abe tunduk hormat ketika rakan-rakan dalam Parlimen meraikan pelantikan semulanya sebagai PM di Dewan Rakyat di Tokyo, semalam. — Gambar AFP

TOKYO: Parlimen Jepun semalam melantik semula secara rasmi Shinzo Abe sebagai perdana menteri selepas partinya mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya, meletakkan pemimpin berusia 63 tahun itu dalam laluan sebagai perdana menteri paling lama berkhidmat di negara itu.

Ahli Parlimen mengundi hampir sebulat suara untuk melantik semula Abe, selepas Parti Demokrat Liberal (LDP) yang konservatif mengaut sehingga dua pertiga majoriti pada 22 Oktober.

Semasa kempen Abe telah menegaskan keperluan bagi kepimpinan yang kuat bagi berdepan dengan apa yang  beliau katakan sebagai “krisis berkembar” di Jepun, Korea Utara yang bersenjata nuklear dan agresif serta satu kadar kelahiran yang menyusut.

Beliau turut berjanji akan memulakan satu perdebatan  mengenai isu kontroversi bagi melakukan perubahan terhadap perlembagaan pasca peperangan yang dikemukakan oleh AS di Jepun bagi memperkukuhkan peranan pihak tentera di negara yang sebelum ini pasifis.

Dalam dewan rendah mempunyai 465 kerusi, Abe telah memenangi 312 undi dari kumpulan pemerintah konservatif.

Dalam dewan tinggi dengan 242 kerusi, Abe telah memenangi undi majoriti sebanyak 151 undian, mengembalikan beliau untuk jawatan utama politik Jepun.

Dewan kami mencalonkan Shinzo Abe sebagai perdana Menteri,” Speaker Dewan Rakyat Tadamori Oshima mengumumkan selepas pilihan raya disiarkan di televisyen.

Abe yang tersenyum  kemudian berjalan di sekeliling dewan, berjabat tangan dengan para penyokong.

Di sebalik kemenangan besarnya dalam pilihan raya Oktober, kedudukan populariti Abe agak rendah dan kebanyakan pemerhati menyatakan kejayaan beliau dalam pilihan raya berkaitan dengan pihak pembangkang yang lemah dan tidak berdaya.

Parti pembangkang utama, Parti Demokratik (DP), telah dimansuhkan sepenuhnya selepas Gabenor Tokyo Yuriko Koike melancarkan sebuah kumpulan konservatif yang baharu dan berjanji akan meneruskan dengan politik cara lama.

Beberapa anggota DP yang berpaling tadah dari Parti Harapan pimpinan Koike dan Ahli Parlimen yang berhaluan kiri telah membentuk satu parti baharu, Demokrat Berperlembagaan.

Pada akhirnya, sokongan Koike telah menurun, kebanyakannya atas sebab beliau gagal untuk mempertahankan dirinya sendiri dalam pilihan raya sekali gus mengelirukan pengundi yang tidak mengetahui siapa akan menjadi perdana menteri sekiranya beliau menang.

Parti Harapan berakhir dengan hanya 50 kerusi sementara Demokrat Berperlembagaan memenangi 55 kerusi.

Mereka dikalahkan pakatan konservatif Abe, yang memperolehi 313 kerusi Dewan Rakyat dan majoriti besar untuk meminda perlembagaan. — AFP

Advertisement