Anda di sini

Jabatan Hutan Sarawak mahu lebih ramai rakyat usahakan ladang buaya

Advertisement
 Sapuan (lapan kiri) bersama kakitangannya menerima Pingat Perkhidmatan Setia di Miri kelmarin.
PINGAT: Sapuan (lapan kiri) bersama kakitangannya menerima Pingat Perkhidmatan Setia di Miri kelmarin.

MIRI: Jabatan Hutan Sarawak (JHS) mahu lebih ramai rakyat negeri ini mengusahakan ladang buaya meskipun pihaknya meluluskan lesen memburu buaya.

Pengarahnya Sapuan Ahmad berkata JHS menggalakkan orang awam membuka ladang sebagai melengkapkan dua ladang sedia ada iaitu Taman Buaya Miri di Kuala Baram dan Taman Buaya Jong di Kuching.

Sapuan berkata, mereka yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan di JHS yang berhampiran.

Kedua-dua ladang buaya ini bukan hanya menternak buaya untuk daging dan kulit dijual di dalam dan luar negara malah ia satu usaha pemuliharaan reptilia itu selain tarikan pelancongan.

Sebagai contoh, Taman Buaya Miri dibuka secara rasmi pada 1998, dikatakan berjaya menarik lebih satu juta pelawat dan pelancong ke Miri,” katanya ditemui selepas Majlis Penyampaian Pingat Perkhidmatan Setia di sini kelmarin.

Mengenai lesen memburu buaya, Sapuan berkata setakat ini pihaknya belum menerima laporan jumlah buaya yang diburu.

Pemburuan sepenuhnya tidak berlaku kerana terdapat pemegang lesen sah khususnya kalangan peribumi keberatan membunuh reptilia itu setelah mendapat mimpi selain pantang larang nenek moyang mereka,” katanya.

Setakat ini, JHS telah mengeluarkan lebih 10 lesen memburu, kebanyakan pemohon dari kawasan Batang Lupar kerana terdapat terlalu banyak buaya di situ.

Advertisement