Anda di sini

Australia tidak lagi benarkan Uluru didaki

Advertisement
 Komuniti peribumi Mutitjulu menghuni bahagian timur Uluru yang juga dikenali sebagai Ayers Rock, dalam gambar yang dirakam dari udara di Northern Territory pada 14 Jun tahun lepas. — Gambar Reuters
AMAT BERHARGA: Komuniti peribumi Mutitjulu menghuni bahagian timur Uluru yang juga dikenali sebagai Ayers Rock, dalam gambar yang dirakam dari udara di Northern Territory pada 14 Jun tahun lepas. — Gambar Reuters

SYDNEY: Memanjat monolit paling besar Uluru di dunia telah diharamkan semalam fi sebalik kebimbangan ia akan menjadi sebuah “taman tema”, mengatasi keutamaan kebudayaan  yang mendalam bagi batu merah gergasi.

Dikenali sebagai simbol bagi Outback,  Juga dikenali sebagai Ayers Rock, telah dilihat ramai pelancong sebagai perkara wajib dalam lawatan mereka ke Australia.

Namun mereka melakukan sesuatu yang bertentangan dengan keinginan pemilik tradisi Pribumi, Anangu,  bagi mereka kawasan itu adalah suci.

Semasa satu pertemuan bagi Lembaga Taman Negara Uluru-Kata, dianggotai oleh pemilik tradisi dan wakil Taman Negara, satu keputusan  sebulat suara yang dilakukan bagi mengharamkan aktiviti tersebut.

Ia akan dikuatkuasakan pada Oktober 2019.

Keputusan ini bagi kedua-dua pihak Anangu dan bukan Anangu  bersama untuk merasa bangga, menyedari sudah pastinya ia adalah perkara yang betul utnuk dilakukan,” menurut pengerusi badan tersebut Sammy Wilson.

Bercakap kepada syarikat penyiaran negara ABC selepas keputusan itu, beliau menambah bahawa kawasan itu bukannya sebuah “taman tema.”

Segelintir orang dalam pelancongan dan kerajaan sebagai contohnya mungkin telah menyatakan kami perlu untuk terus membiarkan ia terbuka  namun ia bukan undang-undang mereka yang terdapat pada tanah ini,” jelas beliau.

Ia adalah  sebuah tempat yang sangat penting, bukan sebuah taman permainan atau taman tema seperti  Disneyland.”

Hubungan pemilik tradisional Pribumi bagi batu tersebut dengan masa kawasan sejak berpuluh ribu tahun dan ia mempunyai satu perkara utama bagi kerohanian dan kebudayaan terhadap mereka.

Wilson  menggesa pelancong agar menghormati keputusan tersebut.

Sekiranya saya pergi ke negara lain dan terdapat sebuah kawasan suci, sebuah kawasan yang dilarang masuk, saya tidak akan masuk atau mendakinya, saya akan menghormatinya,” kata beliau dalam kenyataan.

Ia adalah perkara yang sama di sini bagi Anangu. Kami menyambut baik pelancong ke sini. Kami tidak menghalang pelancongan, hanya aktiviti ini sahaja.”

Pihak berkuasa taman telah lama melihat untuk menutup kawasan itu buat sementara waktu. Ia adalah terpulang kepada pelawat untuk memutuskan sama ada  untuk melawat monolit tersebut, yang setinggi 348 meter.

Kira-kira 300,000 orang telah melawat setiap tahun dan, ketika terdapat tiada angka rasmi bagi berapa banyak pendakian, jumlah mereka dilaporkan telah berkurangan dengan ketara.

Menguasai cerun batu pasir Uluru adalah bukan satu tindakan yang mudah dan terdapat beberapa kematian sejak beberapa tahun di atas batu itu, di mana suhu musim panas selalunya mencecah 45 darjah Celsius. — AFP

Advertisement