Anda di sini

‘Noah Live In Kuala Lumpur’ di Stadium Negara, 25 Nov ini

Advertisement
 Ahli kumpulan Noah (dari kiri) Lukman, Uki, Ariel dan David dalam sidang media di Kuala Lumpur baru-baru ini.
‘LIVE’ DI KL: Ahli kumpulan Noah (dari kiri) Lukman, Uki, Ariel dan David dalam sidang media di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUMPULAN muzik popular dari Indonesia, Noah memilih Stadium Negara sebagai pentas persembahan mereka iaitu ‘Noah Live In Kuala Lumpur’ pada 25 November nanti.

Konsert ‘Noah Live In Kuala Lumpur’ merupakan konsert pertama kumpulan Noah selepas penjenamaan nama baharu pada 2012.

Noah, yang sebelumnya dikenali sebagai Peterpan merupakan kumpulan muzik no 1, yang bukan sahaja terkenal di Indonesia, tetapi juga di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Kini, selepas bertahun-tahun mengukuhkan nama Noah, mereka telah bersiap sedia kembali untuk mencuri perhatian peminat setia mereka di Malaysia.

Pada sidang media yang diadakan di Double Tree by Hilton, Kuala Lumpur baru-baru ini, vokalis Noah, Ariel atau nama penuhnya Nazril Irham, mengakui bahawa sukar untuk mereka memilih lagu-lagu untuk konsert kali ini.

Sukar sangat kerana sebagaimana pun kita ingin menyanyikan banyak lagu, kita hanya ada 90 minit, bererti 15 lagu.

Jadi kita mesti pilih 15 lagu daripada beberapa album. Jadi ia yang banyak itu yang susah,” kata Ariel.

Selain Ariel, anggota Noah yang lain seperti Uki (guitaris), Lukman (guitaris) dan David (keyboard) turut hadir dalam majlis itu.

Lagu-lagu dari album Noah, ‘Second Chance’ yang dilancarkan serentak pada siri jelajah Noah atau persembahan bergerak Noah United States Tour (2015) pasti disenaraikan juga untuk dendangan pada hari persembahan ‘Noah Live In Kuala Lumpur’ di Stadium Negara.

Konsert kali ini dibawakan oleh Nada Promotama selaku penganjur utama dan Mewah Event Management sebagai wakil publisiti. — Bernama

  • oleh
  • Advertisement