Anda di sini

Cukai Pelancongan tidak jejas sektor hospitaliti berskala kecil, kata Karim

Advertisement

KUCHING: Pelaksanaan Cukai Pelancongan tidak memberi kesan kepada sektor hospitaliti berskala kecil di negeri ini.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata antaranya, pengusaha inap desa, hotel bajet dan rumah tumpa-ngan.

Malah katanya, cukai itu juga terkecuali untuk pelancong tempatan.

“Saya tidak fikir ia memberi kesan kepada hotel bajet, inap desa dan rumah tumpangan.

“Pelancong tempatan tidak perlu membayar lebih (disebabkan Cukai Pelancongan), mereka masih bayar kadar sewa yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai isu tersebut pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat akhir bersama jawatankuasa penganjur dan penaja Regata Sarawak 2017 di Bangunan Baitulmakmur, Petra Jaya di sini semalam.

“Bagi pelancong asing pula, kita tahu mata wang kita menurun, bagi mereka bayaran tambahan RM10 (Cukai Pelancongan) itu sangat kecil,” jelas Karim.

Justeru, beliau mene-gaskan bahawa pelaksanaan cukai itu tidak memberi kesan kepada industri pelancongan di Malaysia terutama di Sarawak.

Menyentuh mengenai perkongsian hasil cukai itu pula, beliau menjelaskan bahawa perkara tersebut masih belum dimuktamadkan kerana ia baharu sahaja diperkenalkan tahun ini.

“Untuk ini saya tidak pasti apakah mekanisme yang diguna pakai kerana ia di bawah Kementerian Kewangan, jadi semuanya di bawah kendalian kerajaan pusat, bagaimana mereka melakukan perkongsian kutipan cukai itu belum lagi ditentukan,” katanya.

Mengenai pengumuman Bajet 2018 pula, Karim memberitahu bahawa beliau menyambut baik bajet itu kerana banyak memberi insentif terutama kepada pemain industri pelancongan.

“Ditambah pula peruntukan RM1 bilion untuk sekolah daif di Sarawak, ia satu jumlah yang besar yang boleh kita manfaatkan untuk pendidikan di negeri ini,” ujarnya.

Advertisement