Anda di sini

‘Masihkah Kau Ingat’ di Gegar Vaganza musim 4 malam ini

Advertisement
__alt__

PENANTIAN peminatpeminat pertandingan nyanyian popular Gegar Vaganza (GV) akan berakhir malam ini dengan konsert pembukaan bertemakan ‘Masihkah Kau Ingat’ yang pastinya bakal mengimbau memori lama di mana para peserta akan menyanyikan semula lagu-lagu hits mereka yang pernah menjadi siulan suatu ketika dahulu.

 Bertepatan dengan matlamat untuk terus menghidangkan kandungan hiburan bermutu tinggi ke peringkat yang lebih luas, Astro buat julung kalinya merintis inisiatif membuka pentas GV kepada penyertaan artisartis dari negara jiran iaitu Singapura dan Indonesia dalam musim keempatnya dianjurkan.

 Sebanyak 12 penyanyi bakal menjayakan GV4 termasuk Hazami, Tia Jinbara, Lan Kristal, Aqasha, Liza Hanim, Elyana, Syura, Raja Azura, Haida dan Aishah serta seorang peserta dari Indonesia iaitu Firman Siagia dan Ferhad dari Singapura.

 Malam ini, Hazami bakal menyanyikan lagu ‘Mungkir Bahagia’, Tia Jinbara (Farhana), Lan Kristal (Seragam Hitam), Aqasha (Embun), Firman Siagia (Kehilangan) dan Ferhad (Kasih Berubah).

 Manakala Liza Hanim pula akan membawakan lagu ‘Siapa Sangka Siapa Menduga’, Elyana (Tak Tercapai Akalmu), Syura (Nazam Berkasih), Raja Azura (Hati Terkunci), Haida (Zapin Usik Mengusik) dan Aishah (Janji Manismu).

 Konsert mingguan GV4 akan dipancarkan secara eksklusif dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil selama lapan minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) serta boleh dinikmati juga di aplikasi Astro GO dan perkhidmatan ‘on demand’ untuk pilihan yang lebih fl eksibel.

 Pengarah muzik terkenal Dato’ Ramli MS masih lagi dikekalkan sebagai juri tetap yang akan dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.

 Manakala seorang lagi juri tetap akan diperkenalkan sewaktu konsert pertama kelak.

 Bagi merancakkan lagi penganjuran musim ini, seorang juri jemputan akan diundang khas secara bergilirgillir pada setiap minggu.

 Selain itu, pasangan pengacara, pelakon dan pelawak popular iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse juga masih dikekalkan sebagai pengacara ‘GV’.

 Masih mengekalkan format asal, nasib para peserta akan diadili sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100 peratus oleh pihak juri yang telah dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan para MALAM INI: Barisan peserta ‘GV’ Musim Keempat iaitu (belakang, dari kiri) Liza Hanim, Haida, Syura, Elyana, Aishah dan Raja Azura serta (depan, dari kiri) Hazami, Tia Jinbara, Lan Kristal, Firman Siagia, Aqasha dan Ferhad.

 JIHAN MUSE peserta berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.

 Peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan disingkirkan.

 Juara Gegar Vaganza Musim Keempat bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro serta hadiah sampingan lain yang akan diumumkan kemudian.

 Naib juara pula bakal memenangi wang tunai RM50,000 dan trofi .

 Manakala pemenang tempat ketiga, keempat, kelima dan keenam pula masing-masing akan memenangi wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi dan hadiah sampingan setiap seorang.

Advertisement