Anda di sini

Program realiti TV RBC Mencari CEO Desa bakal bersiaran di TV3

Advertisement
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob merasmikan Program RBC Mencari CEO Desa sambil disaksikan oleh Timbalan Menteri KKLW Datuk Alexander Nanta Linggi (kiri) dan Ketua Setiausaha KKLW Datuk Borhan Dolah di Majlis Pelancaran RBC Mencari CEO Desa di Sri Pentas Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Dato’ Sri Ismail Sabri (tengah), Timbalan Menteri KKLW Datuk Alexander Nanta Linggi (kiri) dan Ketua Setiausaha KKLW Datuk Borhan Dolah pada sidang media Majlis Pelancaran RBC Mencari CEO Desa di Sri Pentas Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menerima plak Program RBC-Mencari CEO Desa sambil disaksikan oleh Timbalan Menteri KKLW Datuk Alexander Nanta Linggi (kiri) dan Ketua Setiausaha KKLW Datuk Borhan Dolah pada Majlis Pelancaran RBC Mencari CEO Desa di Sri Pentas Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya, barubaru ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob (tengah) bersama peserta Program RBC Mencari CEO Desa. Turut kelihatan Timbalan Menteri KKLW Datuk Alexander Nanta Linggi dan Ketua Setiausaha KKLW Datuk Borhan Dolah.

Seramai 27 peserta dari seluruh negara yang terdiri daripada 18 peserta kategori pengembangan perniagaan dan sembilan peserta kategori idea perniagaan akan berentap dalam program realiti RBC Mencari CEO Desa.

PROGRAM Rural Business Challenge (RBC) akan diperluaskan kepada rancangan realiti yang dinamakan RBC Mencari CEO Desa 2017 dan bakal disiarkan di sebuah stesen televisyen swasta iaitu TV3 bermula 28 Oktober ini untuk menjadikan program RBC lebih menarik, mendapat liputan yang lebih meluas sekali gus mengundang lebih ramai belia untuk menyertai program ini.

 Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, penerbitan rancangan tersebut di kaca televisyen bertujuan menarik minat lebih ramai belia luar bandar untuk menceburi bidang keusahawanan.

 “Program realiti televisyen RBC Mencari CEO Desa 2017 menyasarkan golongan belia berusia 18 hingga 40 tahun yang memiliki idea-idea perniagaan berdaya saing serta mempunyai potensi untuk dikembangkan.

 “Idea baharu yang diilhamkan para peserta dalam program RBC Mencari CEO Desa 2017 juga akan dinilai oleh tiga orang juri serta para penonton.

 “Pada masa sama, para peserta akan mendapat bimbingan mentor berpengalaman dalam bidang perniagaan seperti Rozita Che Wan, Fizo Omar, Fahrin Ahmad dan lain-lain lagi.

__alt__

 “Mereka perlu melaksanakan tugasan mingguan seperti rancangan perniagaan, penyediaan perakaunan perniagaan, aktiviti yang ada kaitan dengan perniagaan yang dijalankan oleh mereka dan lain-lain lagi dengan bimbangan mentor ini.

 “Manakala, juri terdiri daripada seorang juri jemputan setiap minggu dan dua juri tetap iaitu Norr Nabila Mohd Noor dan Datuk Sri Aliff Syukri,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Program RBC Mencari CEO Desa 2017 di pekarangan Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya baru-baru ini.

 Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi, Ketua Setiausaha KKLW Datuk Borhan Dolah dan para peserta program realiti RBC Mencari CEO Desa.

 Menurut beliau lagi, pertandingan itu terbahagi kepada dua kategori, iaitu pengembangan perniagaan dan idea perniagaan, dengan seramai 1,134 peserta dari seluruh negara telah mengemukakan borang serta hadir pada sesi uji bakat yang berlangsung di enam zon terpilih.

 “Setelah proses penilaian awal selesai dilaksanakan, seramai 27 peserta dari seluruh negara yang terdiri daripada 18 peserta kategori pengembangan perniagaan dan sembilan peaserta kategori idea perniagaan akan berentap dalam program realiti RBC Mencari CEO Desa.

 “Pemenang akan menerima hadiah sebanyak RM1 juta dalam bentuk wang tunai dan geran perniagaan yang diberi secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun,” jelas beliau.

 RBC MENCARI CEO DESA GALAK BELIA LUAR BANDAR PILIH BIDANG KEUSAHAWANAN SEBAGAI KERJAYA Tambah Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob lagi, tujuan program ini dilaksanakan sebagai usaha kerajaan untuk menggalakkan golongan belia khususnya luar bandar supaya memilih bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan atau seumber pendapatan mereka.

 “RBC juga merupakan salah satu program di bawah Pelan Transformasi Kerajaan dalam Pembangunan Luar Bandar yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada tahun 2012.

 “Program realiti televisyen ini adalah untuk membuka minda golongan belia luar bandar supaya berminat menceburi bidang keusahawanan serta dapat belajar banyak perkara baharu dalam dunia perniagaan.

 “Program seperti ini sekali gus akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar, seterusnya menjadikan kawasan luar bandar menjadi pilihan utama kepada golongan belia menikmati kehidupan selesa berbanding menjalani hidup di bandar-bandar besar.

 “Dengan adanya usahawan luar bandar juga, ia sekali gus dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, seterusnya dapat menjadikan luar bandar sebagai kawasan yang menarik untuk didiami oleh golongan belia.

 “Selain itu, melalui program realiti RBC Mencari CEO Desa ini juga dapat mengenal pasti dan mencungkil bakat sebenar usahawan desa supaya lebih kreatif dan inovatif dalam mengembang dan mempromosikan produk serta perkhidmatan usahawan luar bandar dengan lebih efektif,” katanya lagi.

 Program realiti ini akan disiarkan di TV3 mulai 28 Oktober 2017 dalam 13 episod selama 13 minggu termasuk satu episod akhir yang akan disiarkan secara langsung.

  • oleh
  • Advertisement