Anda di sini

Xi genggam padu teraju China

Advertisement
 Xi mengetuai barisan ahli jawatankuasa baharu politburo China (dari kanan) Han Zheng, Zhao Leji, Wang Huning, Wang Yang, Li Zhanshu dan Li Keqiang ketika mereka tiba untuk bertemu media di Dewan Agung Rakyat di Beijing, semalam. — Gambar Reuters
KUASA PADU: Xi mengetuai barisan ahli jawatankuasa baharu politburo China (dari kanan) Han Zheng, Zhao Leji, Wang Huning, Wang Yang, Li Zhanshu dan Li Keqiang ketika mereka tiba untuk bertemu media di Dewan Agung Rakyat di Beijing, semalam. — Gambar Reuters

Presiden terima penggal kedua, tiada pengganti jelas dinamakan

BEIJING: Presiden Xi J inping secara rasmi diberi penggal kedua semalam, tanpa pengganti jelas yang muncul dalam majlis pemerintahan yang dirombak, sekal i gus mengukuhkan genggaman kuasa dan menyediakan pentas baginya untuk mendominasi China selama beberapa dekad akan datang.

 Dalam acara yang diatur dengan begitu teliti, Xi mengetuai ahli-ahli elit baharu Jawatankuasa Tetap Politburo di hadapan kamera televisyen di Dewan Agung Rakyat yang besar di Beijing selepas pemilihan mereka oleh 204 pegawai parti dalam satu undian tertutup.

 Xi, 64, mendapat penggal lima tahun kedua sebagai setiausaha agung Parti Komuni s setelah teor i politik dengan namanya d ima k t u b k a n d a l a m perlembagaan parti, yang memberinya mandat yang tidak dapat diubah dan mungkin meletakkannya pada kedudukan untuk mengekalkan kuasa lebih lama lagi.

 Bel i au juga di l ant i k semula untuk menjadi ketua Suruhanjaya Tentera Pusat Negara.

 Pe rdana Ment e r i Li Keqiang, 62, mengekalkan kerusinya dalam jawatankuasa tujuh ahli berkenaan bersama lima lelaki lain – semua tidak dikenali di luar China – untuk menggantikan rakan-rakan seperjuangan yang sudah mencapai usia persaraan 68 tahun yang tidak rasmi.

 Dalam satu ucapan, ketika ahli-ahli lain berdiri tanpa menunjukkan sebarang ekspresi dan memakai sut gelap, Xi mengalu-alukan “era baharu” bagi negara itu di bawah pemerintahannya dan berkata parti itu “mesti mendapatkan wajah baharu dan lebih penting lagi membuat pencapaian baharu”.

 Namun majlis pemerintahan baharu kelihatan tua, yang menimbulkan keraguan sama ada mereka dapat mengganti tempat Xi atau tidak suatu hari nanti.

 “Xi Jinping tidak mahu berkongsi kuasa.

 Beliau tidak mahu seseorang mencabarnya, menyediakan pengganti,” kata Jean-Pierre Cabestan, pakar China di Universiti Baptist Hong Kong, kepada AFP.

 “Beliau mahu terus menekan semua orang dan menikmati kuasa selama lima atau 10 tahun lagi tanpa mengikat tangannya.

” Semua ahli jawatankuasa berusia sekurang-kurangnya 60 tahun.

 Di bawah peraturan sekarang, mereka mungkin terlalu tua untuk berkhidmat selama dua penggal seperti lazimnya sebagai ketua parti di kongres seterusnya pada 2022.

 Xi dinaikkan ke jawatankuasa itu pada 2007 pada usia 54 tahun, dan menggantikan Hu Jintao sebagai setiausaha agung dan presiden lima tahun kemudian.

 Ahli-ahli jawatankuasa baharu adalah penasihat Xi, Li Zhanshu, 67, naib perdana menteri Wang Yang, 62, pakar teori terkemuka Parti Komunis, Wang Huning, 62, ketua jabatan organisasi parti Zhao Leji, 60, dan ketua parti Shanghai, Han Zheng, 63.

 Wa l a u p u n me r e k a dinaikkan ke lingkaran kepimpinan tertinggi negara, mereka kemungkinan kurang berpengaruh berbanding ahliahli sebelum ini di bawah Xi yang baharu diperkasakan.

 Perlantikannya semula melengkapkan kongres dua kali sedekad Parti Komunis yang memberi lebih banyak kebebasan kepadanya untuk menc apa i c i t a - c i t anya mengubah China menjadi kuasa besar dunia dengan angkatan tentera kelas dunia menjelang pertengahan abad.

 Pindaan perlembagaan, yang diluluskan oleh Kongres kelmarin, telah meletakkan Xi dalam lingkungan eksklusif pengasas negara, Mao Zedong, dan Deng Xiaoping, arkitek reformasi ekonomi China.

 “Beliau akan menggunakan d o r o n g a n i n i u n t u k memajukan agendanya yang bercita-cita tinggi,” kata Matthias Stepan dari Institut Mercator bagi Kajian China di Jerman.

 “I a akan menj ami n tempatnya dalam buku sejarah.

” P e n g h o rma t a n i t u mengukuhkan kedudukan Xi sebagai lokus kuasa, yang berpotensi untuk menterbal ikkan model kepimpinan bersama yang digalakkan oleh Deng dan diterima oleh dua presiden sebelum Xi, Hu Jintao dan Jiang Zemin, yang berundur selepas dua penggal.

 Dalam dua pentadbiran lalu, keputusan adalah hasil kegiatan tawar-menawar dan konsultasi di kalangan ahli-ahli jawatankuasa tetap, majlis ketua-ketua parti yang sudah memimpin China sejak kematian Deng pada 1997.

 Namun dengan namanya dalam perlembagaan, Xi telah menjadi kuasa mutlak negara, yang kemungkinan akan memberi kata terakhir kepadanya dalam semua keputusan penting.

 “Penerimaan pemikiran Xi sepenuhnya dalam dokumen itu mencerminkan tahap konsensus tinggi yang telah dibina oleh parti di sekeliling teras kepimpinannya,” tulis akhbar kerajaan China Daily dalam satu rencana pengarang semalam.

 Dalam ucapannya, Xi menuntut pengurus a n part yang jauh lebih ketat, sekali gus membayangkan genggamannya ke atas kuasa hanya akan meningkat.

 Sejak lima tahun lalu, beliau telah melancarkan kempen yang bersungguh-sungguh ke atas gejala rasuah dalam kerajaan, tetapi disiplin parti adalah “satu perjalanan yang tidak ada penghujungnya”, katanya, dan menyeru kepada ahli untuk “membersihkan diri daripada sebarang virus yang menghakiskan fabrik parti”.

 Sekurang-kurangnya seorang tokoh penting tidak dipilih, apabila orang kanan Xi, Wang Qishan, 69, mengosongkan tempatnya dalam jawatankuasa tetap.

 Penganalisis menyangka ketua kempen antirasuah negara akan dikekalkan walaupun garis panduan tidak rasmi parti menyebut ahli bersara pada usia 68 tahun.

 BBC, The Economist, Financial Times , The Guardian and New York Times dinafikan jemputan untuk membuat liputan t ent ang pengumuma n berkenaan tetapi akses meluas diberikan kepada saluran berita lain, menurut Kelab Wartawan Asing China.

 “Ia adalah sukar untuk meng e l ak ke s impul a n bahawa organisasi media ini telah diketepikan untuk menyampaikan mesej,” ia menyebut dalam satu kenyataan, dan menambah menggunakan akses sebagai alat untuk menghukum wartawan mencabul prinsip kebebasan media.

 — AFP

Advertisement