Anda di sini

Francis ratapi nasib kanak-kanak Rohingya

Advertisement
 Francis (kiri) menyapa Patriark Ortodoks Greece Jerusalem Theopilos III semasa pertemuan peribadi di Vatikan, kelmarin. — Gambar Reuters
MESRA: Francis (kiri) menyapa Patriark Ortodoks Greece Jerusalem Theopilos III semasa pertemuan peribadi di Vatikan, kelmarin. — Gambar Reuters

KOTA VATIKAN: Pope Francis kelmarin meratapi nasib 200,000 kanak-kanak Rohingya yang terkandas di kem pelarian sebulan sebelum melawat Myanmar dan Bangladesh, dua negara dalam krisis kemanusiaan yang semakin buruk.

Kira-kira 200,000 kanak-kanak Rohingya berada di kem pelarian.

Mereka tidak cukup makan, walaupun berhak mendapat makanan. Mereka kurang zat makanan, tiada ubat-ubatan,” katanya.

Paus akan melawat Myanmar, negara majoriti Buddha, penghujung November sebelum pergi ke negara jiran Bangladesh, yang terpaksa menyerap lebih setengah juta pelarian Rohingya daripada keganasan di seberang sempadan.

Beliau pernah menyuarakan sokongan kepada masyarakat minoriti Islam yang tertindas itu di Myanmar, dan memanggil mereka ‘saudara’.

Sewaktu lawatannya nanti, beliau bertemu pemimpin hakiki Myanmar Aung San Suu Kyi, penerima Hadiah Nobel Keamanan yang mencetuskan kekecewaan antarabangsa kerana ditanggapi kurang bersimpati dengan Rohingya dan enggan mengecam kekejaman tentera.

Buat masa sekarang, tiada rancangan bagi pemimpin agama dari Argentina itu untuk singgah di negeri bergolak Rakhine yang di utara Myanmar atau kem pelarian di Bangladesh.

Namun beliau berisiko mencetuskan tindakan balas dengan mesejnya yang menyokong masyarakat Rohingya. — AFP

Advertisement